12 Tips Sebelum Memohon Google Adsense (Lulus Tak Sampai 3 Bulan)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Rezeki yang tak disangka-sangka. Aku memohon Google Adsense pada 1 September 2022. Dan permohonan di luluskan pada 21 September 2022. 

Google Adsense mengambil masa 3 minggu juga untuk semak permohonan dan bagi keputusan samada lulus ataupun tidak. 
lulus-google-adsense

Belajar Buat Blog Lulus Google Adsense Tak Sampai 3 Bulan

Antara ketiga-tiga blog yang aku ada, blog ini antara yang paling awal mempunyai adsense. Untuk Blog Sii Nurul aku memohon selepas berblog selama 3 tahun. Manakala untuk Blog Inspirasi Kami pula aku memohon adsense selepas setahun berblog.

Belajar Buat Blog lulus adsense tak sampai 3 bulan berblog. Aku pun baru nak rangka artikel pasal Google Adsense. Belum lagi siap artikel dah ada Google Adsense. Alhamdulillah~

Apa Yang Aku Lakukan Sebelum Memohon Google Adsense?

Apa yang aku tulis ini adalah pengalaman sendiri tentang apa yang aku lakukan sebelum memohon Google Adsense. Sebenarnya aku dah kongsikan di blog ini dari awal blog ini dibina lagi apa yang aku buat sebelum memohon Google Adsense. 

1. Pemilihan template yang sesuai

Pada awal artikel lagi aku dah kongsikan cara pilih template blog dan beberapa senarai penting sebelum tukar template blog yang korang kena ambil tahu dan buat sebelum memohon Google Adsense.

Sebaik-baiknya pilih template yang Mobile Friendly dan Responsive.

Antara contoh template yang aku cadangkan korang boleh guna untuk niche :
Tetapi korang kena ingat tidak semua template sesuai dengan niche blog. Korang kena semak betul-betul apa keperluan blog sebelum tukar template.

Untuk cara yang lebih selamat, korang boleh pilih template yang sedia ada di blogger. 

2. Daftar Google Search Console & Google Analytics

Aku dah pernah kongsikan di blog ini pasal Google Search Console. Cuma belum ada kesempatan lagi nak buat tutorial macam mana nak daftar Google Analytics.

Jangan lupa untuk submit sitemap di Google Search Console untuk memudahkan blog korang diinteks. 

Manakala untuk Google Analytics pula korang kena masukkan kod Google Analytics korang <!-- Global site tag (gtag.js) - Google Analytics --> di bahagian HTML blog korang. 

3. Buat halaman Disclaimer, Privacy Policy, Sitemap & About Me

Salah satu syarat memohon adsense korang perlu membuat halaman untuk Disclaimer, Privacy Policy, Sitemap & About Me. Nampak remeh tetapi benda inilah yang penting perlu ada dalam blog korang. 

Pihak Adsense mahu menilai blog korang ini manusia atau robot. Maksudnya memang ada individu yang menulis disebalik blog korang. 

Sekarang ni dah canggih tau, boleh buat konten melalui AI content writer yang mana computer generate penulisan korang hanya dengan memasukkan keyword dan jenis artikel korang mahu buat. Oleh sebab itulah pihak adsense perlu menilai website atau blog sebelum permohonan diluluskan.
Selain itu, jangan lupa untuk lengkapkan ruangan About Me. Ceritalah sedikit berkenaan diri dan tujuan berblog. Jangan lupa sertakan email dan link media sosial sekali. 

4. Pastikan blog secure dengan HTTPS://

Syarat Google Adsense yang baru korang kena pastikan blog secure dengan https://. HTTPS adalah singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS).

Menurut TechTarget,
HTTPS is the secure version of HTTP. The protocol protects users against eavesdroppers and man-in-the-middle (MitM) attacks.
Ayat paling simple, pengguna yang masuk ke blog yang mempunyai url https lagi selamat, konten blog kita meyakinkan pembaca dan Google lebih mengutamakan url https.

Menurut Exabytes,
SSL certificate bermaksud Secure Sockets Layer untuk singkatan HTTPS. Biasanya SSL akan terdapat simbol mangga pada URL. Website dan blog korang selamat dan data peribadi korang dilindungi. 

Cara Setting HTTP to HTTPS di Blogger

Korang pergi Setting, kemudian ON HTTPS. Tunggu dalam beberapa minit atau jam. Pada masa ini, ada blog yang tak dapat buka atau view. 

Korang biarkan sahaja sampai HTTPS Status : Available 

blogger-https

Salah satu faedah utama HTTPS ialah ia menambahkan keselamatan dan kepercayaan. Ia melindungi pengguna daripada serangan man-in-the-middle (MitM) yang boleh dilancarkan daripada rangkaian yang terjejas atau tidak selamat. Penggodam boleh menggunakan teknik sedemikian untuk mencuri maklumat sensitif pelanggan anda.

Macam mana nak tahu blog selamat atau tidak?


Korang juga boleh semak di SSL CheckerMaaf ya aku tak tahu macam mana nak terangkan secara ringkas berkenaan istilah https ini. Yang penting pastikan blog korang selamat dan boleh dipercayai.

5. Buat konten original

Google Adsense sangat suka konten blog yang original dan unik. Aku faham buat blogger baru rasa susah dan tak tahu nak tulis pasal apa.

Dalam blog ini aku dah kongsikan tips macam mana nak jana idea untuk menulis blog. Korang jangan lupa baca tau. 

Sebenarnya konten original ni macam mana? Konten yang ditulis 80% - 100% berdasarkan idea korang sendiri atau orang lain tetapi diolah mengikut gaya penulisan korang. Dan macam mana nak tulis konten original?

Korang boleh menulis artikel berdasarkan pengalaman sendiri. Sebagai contoh, korang nak renew lesen. Korang boleh buat artikel :
  • Cara renew lesen secara online
  • Bagaimana renew lesen di kauter?
  • Cawangan untuk renew lesen
Ataupun korang baru beli TV baru. Apa yang korang boleh cerita pasal TV baru?
  • Apakah jenama TV yang murah?
  • Harga TV bawah RM500
  • Tips beli TV di Shopee
Sebenarnya 1 pengalaman korang boleh cerita banyak benda di blog. 

6. Tulis artikel yang panjang, berkualiti dan bermanfaat

Pastikan juga korang buat artikel yang panjang sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Tetapi aku galakkan korang untuk tulis 1000 patah perkataan. Lagi panjang lagi bagus. 

Selain itu, artikel itu juga mestilah berkualiti dan bermanfaat. 

Apakah contoh artikel yang berkualiti?
  • Artikel yang berinfomasi untuk diri sendiri dan pembaca
  • Disampaikan dengan lengkap dan sahih (rujukan tertentu)
  • Selitkan sumber boleh dipercayai yang menyokong idea utama 
  • Kandungan artikel mudah difahami pembaca
  • Pembaca belajar sesuatu daripada artikel yang kita tulis samada ilmu, kemahiran, motivasi, idea dan lain-lain
  • Dapat memberi jawapan kepada persoalan dan menyelesaikan sesuatu isu 
Dalam erti kata lain artikel yang bermanfaat buat pembaca. Paling tidak pun artikel yang kita tulis memberi manfaat buat diri kita.

Bukannya tulis 50 artikel tetapi semuanya entri Giveaway, Wordless Wednesday, dan gambar sahaja.

7. Blog menggunakan domain 

Tips paling utama untuk lulus Google Adsense dengan cepat adalah dengan menggunakan domain. Tak kisah .com .org .net Korang boleh beli domain di NETKL dengan harga RM50

Dalam tempoh sebulan korang berblog dan menggunakan domain, korang dah boleh memohon Google Adsense. Sekiranya blog korang menepati ciri-ciri dan syarat yang telah ditetapkan oleh mereka, blog korang lagi mudah untuk lulus.

Sekiranya korang menggunakan blogspot, kena tunggu tempoh blog korang sehingga 6 bulan sebelum boleh memohon Google Adsense. 


Tips Tambahan Sebelum Memohon Google Adsense

8. Pastikan blog aktif dengan konten baru 

Kesilapan kebanyakan blogger apabila memohon Google Adsense, mereka terus abaikan blog sehingga dapat jawapan dari Google Adsense. Tempoh masa untuk dapat respon pihak adsense mengambil masa selama 1 - 3 minggu. 

Jadi korang pun jangan tak update blog sampai berminggu-minggu. Hal ini demikian kerana dalam tempoh ini, mereka akan menilai blog kita aktif ataupun tidak.

Pihak advertiser pun nak letak iklan mereka di blog yang aktif dan ramai pengunjung. Oleh itu, sentiasa kemaskini blog dengan konten terbaru dan update secara berkala. 

9.Tidak membuat apa-apa perubahan template

Sebelum nak memohon adsense, pastikan korang dah ready. Sekiranya korang nak edit template, tukar template, tukar domain atau apa sahaja korang nak buat kat blog. Siapkan semuanya sebelum memohon Google Adsense.

Tidak digalakkan sama sekali untuk membuat apa-apa perubahan template sepanjang tempoh permohonan korang masih dalam proses. 

Bar navigasi (atau bar menu) yang mudah diakses dan mudah digunakan merupakan bahagian penting dalam menyediakan pengalaman pengguna yang baik.

Pastikan korang menyusun atur navigasi dengan jelas seperti menu, sidebar, footer, features dan widget yang ada pada blog berfungsi dengan baik. Semak link sosial media, main menu, label kategori korang. 


10. Mempunyai trafik blog yang baik & konsisten

Tidak perlu trafik beribu-ribu. Cukup mempunyai trafik yang baik dan konsisten sahaja. Trafik yang baik datang dari trafik organik, media sosial dan referral link. 

blogger-traffic

Sekiranya korang mempunyai sumber trafik organik, media sosial dan referral link ini. Blog korang dah cukup baik dah. Paling bagus sekiranya blog korang dah ada kata kunci yang muncul di search keywords.

11. Blog tidak melanggar terma & syarat Google Adsense

Pastikan kandungan blog korang tidak melanggar terma dan syarat Google Adsense. Antaranya seperti :
  • Kandungan seksual yang eksplisit termasuk teks, imej, audio, video atau permainan seksual yang berbentuk grafik.
  • Laman blog yang mendorong pengguna ke halaman yang illegal
  • Mempunyai kandungan plagiat / copy paste
  • Kandungan menyalahi undang-undang, menggalakkan aktiviti haram atau melanggar hak undang-undang pihak lain
  • Kandungan yang berbahaya atau menghina
  • Kekejaman terhadap haiwan
  • Kandungan yang memberikan gambaran yang salah (Meniru produk Google, menyalahgunakan logo syarikat)
  • Penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak

12. Bina backlink di blog

Bina backlink yang baik di blog seperti :
  • Mempunyai kotak komen - memudahkan pembaca komen (mempunyai interaksi & engagement)
  • Meletakkan profile blog dan link media sosial
  • Menyediakan borang Contact Us, Subscribers, atau Email untuk memudahkan kita dihubungi
  • Boleh letakkan widget bloglist dan followers
Kalau korang dah buat semua tips di atas. Jangan ragu-ragu untuk memohon adsense. Setakat ini itu sahaja yang aku dapat kongsikan. Semoga bermanfaat!


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama