Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dah masuk hampir sebulan blog lulus Google Adsense. Mungkin ramai yang dah ada Google Adsense tetapi masih tak tahu bagaimana cara pasang iklan adsense di blog dengan betul.
Apa yang aku kongsikan ini ialah pengalaman aku sendiri selama 7 tahun berblog dan melakukan beberapa servis manage adsense di blog orang lain.
Cara ini tidak semestinya berkesan untuk semua blog kerana pendapatan Google Adsense bergantung dengan niche, CPC, CTR, kandungan artikel, trafik blog dan banyak lagi faktor yang lain diambil kira.
Aku cuma kongsikan apa yang aku tahu. Yang mana korang rasa sesuai digunakan di blog korang, bolehlah gunakan kaedah ini.
Cara Pasang Iklan Adsense di Blog Dengan Betul
Terdapat 3 kaedah untuk pasang iklan Adsense di blog dengan betul iaitu melalui dashboard blogger, Auto ads dan Ads Unit (Manual)
1. Dashboard Blogger (Earning)
Kebanyakkan blogger guna cara ini untuk pasang iklan blog. Caranya mudah sahaja.
- Login blogger.com
- Pilih Earning → Show ads on blog → YES
- Ads setup for blog → Korang boleh pilih nak susunan ads macam mana
Tetapi aku tidak galakkan korang guna cara ini sebab penempatan iklan adalah terhad. Iklan hanya muncul mengikut setup blog tersebut sahaja.
Dan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku pernah handle client punya adsense, pendapatan Google Adsense mereka tidak seberapa.
Kalau korang tanya aku, blog aku memang tak connect adsense melalui dashboard blogger. Hal ini demikian kerana template blog aku tidak menyokong tampilan iklan melalui blogger.
Kebanyakkan template blog sekarang responsive dan mobile friendly yang mana sangat sesuai untuk Google Adsense.
Dan sekiranya pasang auto ads, kemungkinan iklan tersebut tidak berfungsi secara optimum.
2. Auto Ads
Cara kedua paling senang untuk pasang iklan adsense di blog adalah dengan menggunakan Auto Ads. Korang tak perlu fikir nak letak iklan kat posisi yang mana sesuai.
Korang hanya pasang kod auto ads di blog. Kemudian biarkan Google Adsense sendiri yang mencari tampilan yang sesuai di blog korang.
Cara pasang auto ads di blog
1. Login akaun Google Adsense
2. Korang pilih bahagian Ads → Get Code
3. Copy code yang dipaparkan (Kod adsense masing-masing)
Antara kelebihan menggunakan iklan automatik (Auto Ads):
- Iklan tersebut berpotensi meningkatkan hasil (revenue) korang.
- Iklan automatik menganalisis halaman blog dan mencari tempat baharu untuk memaparkan iklan berdasarkan layout, content dan iklan yang sedia ada.
- Senang untuk digunakan
Sekiranya blog korang fokus kepada kandungan artikel, maka auto ads sangat sesuai untuk blog korang. Bilangan iklan yang muncul pada halaman bergantung pada panjang artikel.
Cara setting iklan auto ads
1. Login akaun Google Adsense
2. Korang pilih bahagian Ads → By Site → Pilih icon pensel (edit)
3. Kemudian korang sendiri setting bahagian auto ads, ad formats dan ad load mengikut kandungan dan template blog korang.
2. Ads Unit (Manual Placement)
Cara ketiga untuk pasang iklan di blog adalah dengan menggunakan Ads Unit dimana korang yang menempatkan sendiri iklan di posisi yang sesuai.
Korang mempunyai kawalan terhadap jenis iklan yang dipilih, format dan penempatan iklan di blog.
Antara kelebihan menggunakan Ads Unit (Manual Placement)
- Kawalan penuh: korang yang bertanggungjawab ke atas jenis iklan yang dipaparkan di halaman blog, tempat iklan ini akan dipaparkan dan cara iklan tersebut sesuai dengan template dan layout blog atau tidak.
- Better user experience: dapat menyesuaikan jenis iklan agar dapat memenuhi keperluan pengguna atau pembaca. Peletakan iklan tersebut tidak mengganggu pengguna.
Sumber : Google Adsense Help
Terdapat 5 jenis Ads Unit yang korang kena tahu. Antaranya ialah :
Display ads ialah iklan yang menyokong semua jenis peranti (iaitu, komputer, telefon, tablet, dll.) dengan menyesuaikan saiz iklan secara automatik agar sesuai dengan reka bentuk halaman blog korang.
Maksudnya korang boleh gunakan display ads di mana sahaja seperti header, sidebar, atau footer. Korang boleh memilih responsive atau fixed size ads.
2. In-feed ads
In-feed ads ialah iklan yang muncul dalam halaman utama blog. Biasanya iklan ini muncul di tengah antara artikel di bahagian halaman blog.
Example of a feed on a homepage
3. In-articles ads
In-articles ads ialah iklan yang muncul di dalam kandungan artikel blog.
Contoh in-articles ads
Berapa banyak in-articles ads yang korang boleh masukkan di blog? Korang boleh letak berapa banyak yang korang mahu tetapi sebaik-baiknya tidak melebihi kandungan artikel.
Dan pihak adsense menyatakan bahawa korang hendaklah menulis artikel dengan panjang sekiranya meletakkan lebih dari satu iklan in-articles.
Multiplex ad ialah sejenis iklan berganda yang mempunyai format iklan yang menyiarkan pelbagai iklan dalam bentuk grid dalam unit iklan.
Kebanyakkan blogger meletakkan iklan ini di penghujung artikel, related post atau sidebar.
5. Search engine
Search engine ads ialah cara pengiklanan menggunakan enjin kotak carian. Aku sendiri masi kurang faham berkenaan ads unit search engine ni. Korang boleh abaikan sahaja yang ini.
Cara pasang Ads Unit di blog
1. Display Ads
1. Login ke akaun Google Adsense
2. Klik ads → By ad unit → Display ads
3. Masukkan nama ads dan saiz iklan yang korang nak samada square, horizontal atau vertical.
Contoh : Display square ads, Display vertical sidebar, Display horizontal footer.
Tujuannya supaya korang tak perlu repeat buat ads unit banyak-banyak.
4. Klik Create dan copy code → Theme → Edit HTML → Cari kod <body> atau </body>
5. Paste kod di bawah <body> ATAU di atas </body>
<html>
<head>
This is the head of your page
<title>Example HTML page</title>
</head>
<body>
This is the body of your page.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- Homepage Leaderboard -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
</body>
</html>
2. In-feed Ad
1. Login ke akaun Google Adsense
2. Klik ads → By ad unit → In-feed Ad
Korang boleh pilih apa yang Google cadangkan ataupun bina iklan secara manual.
Let Google suggest a style
3. Sekiranya korang pilih Let Google suggest a style, korang hanya perlu masukkan url blog.
4. Pilih samada nak paparkan iklan melalui desktop ataupun mobile. Kemudian Scan the page.
5. Klik Next, masukkan Ad Unit Name (Contoh : In-feed-desktop)
6. Kemudian korang setting sendiri bahagian Global Option, Image, Headline, Description, dan URL. Save and Get Code. Jangan lupa copy code itu.
7. Seterusnya korang pergi di bahagian Layout → Add a Gadget → HTML/JavaScript → code adsense yang dah di copy tadi, korang paste kemudian SAVE.
8. Korang susunlah iklan di tempat yang sesuai mengikut layout template masing-masing.
Create Ad Manually
- Image above
- Image on the side
- Title above
- Text only
10. Klik Next, masukkan Ad Unit Name (Contoh : In-feed-image on the side)
11. Kemudian korang setting sendiri bahagian Global Option, Image, Headline, Description, dan URL. Save and Get Code. Jangan lupa copy code itu.
12. Seterusnya korang pergi di bahagian Layout → Add a Gadget → HTML/JavaScript → code adsense yang dah di copy tadi, korang paste kemudian SAVE.
13. Korang susunlah iklan di tempat yang sesuai mengikut layout template masing-masing.
3. In-articles Ads
2. Klik ads → By ad unit → In-articles Ads
3. Klik Next, masukkan Ad Unit Name (Contoh : In-articles ads). Kemudian, save and get code.
4. Seterusnya korang pergi di bahagian Layout → Add a Gadget → HTML/JavaScript → code adsense yang dah di copy tadi, korang paste kemudian SAVE.
NOTE : Peletakan in-articles nie berbeza sikit. Untuk lebih mudah sebaik-baiknya cari template yang mempunyai layout khas untuk ads.
Korang boleh baca tips lain berkenaan cara pasang in-articles ads yang dikongsikan oleh blogger lain :
- Cara Letak Iklan Adsense Dalam Artikel/Post Blog
- Tutorial Mudah Cara Letak Iklan Adsense Betul-Betul Di Bawah Tajuk & Di Akhir Entry Blog
- Cara Memasang Iklan Adsense Di Tengah Artikel Blog
Pada pendapat aku memilih template yang responsive dan mempunyai layout ads lebih mudah dan tidak mengganggu coding HTML blog. Dan korang tidak mempunyai kesukaran untuk tukar template blog sebab nak edit dan padam code iklan tu pun mudah.
Aku tunjukkan cara pasang 3 ads unit tu sahaja ya. Yang lain pun lebih kurang sama sahaja sebenarnya.
Bolehkah gabungkan auto ads dan ads unit?
Jawapannya : BOLEH.
Sekiranya korang telah memasang kod auto ads, korang hanya perlu mengambil sebahagian kod dari Ads Unit sahaja.
Sebagai contoh :
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-1234567890123456"crossorigin="anonymous"></script> (Sampai sini ialah code auto ads)<!-- display-ads --><ins class="adsbygoogle"style="display:block"data-ad-client="ca-pub-1234567890123456"data-ad-slot="5777446102"data-ad-format="auto"data-full-width-responsive="true"></ins><script>(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});</script> (Korang hanya perlu ambil ini sahaja)
Tetapi sekiranya korang belum letak kod auto ads, korang boleh ambil keseluruhan kod tersebut.
Susunan iklan mana yang terbaik?
Baiklah, korang mungkin masih bingung dan tak faham tentang cara pasang kod adsense tu kan? Jadi untuk lebih mudah korang cuma pilih salah satu sahaja.
- Dashboard blogger
- Auto ads
- Ads Unit (Manual placement)
Pasang sahaja Auto Ads dah siap! Tak perlu fikir nak letak mana, mana iklan yang paling bagus untuk template blog bagai.
Bagi yang memilih Ads Unit (Manual), susunan iklan yang terbaik untuk blog ialah :
1. Atas header (Display ads - Horizontal size)
2. Selepas header (Display ads - Horizontal/Square size)
3. Sidebar (Displays ads - Verical/Square size)
4. Atas / bawah Main blog/Homepage (Displays ads, In-feed Ads)
5. Bawah tajuk artikel (In-articles ads)
6. Tengah artikel (In-articles ads)
7. Penutup artikel (In-articles, Display ads)
8. Footer (Display ads, In-Feed ads)
9. Sidebar/Footer/Bawah main blog/Related Post (Multiplex Ads)
Tidak perlu letak semua. Cukup korang letak 4 jenis iklan di blog sudah memadai. Terlalu banyak iklan akan membuat blog loading semakin lambat.
Malah pembaca blog tidak begitu gemar melihat blog yang terlalu banyak iklan. Jangan kerana kita terlalu tamak sampaikan kita abaikan yang utama iaitu pembaca blog kita.
Baiklah sampai di sini sahaja perkongsian untuk hari ini. InsyaAllah kalau ada kesempatan masa aku akan buat artikel yang berasingan tentang cara pemasangan Ads Unit di entri yang lain supaya korang lebih faham.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.
Catat Ulasan