9 Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense Yang Korang Kena Tahu

9 Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense Yang Korang Kena Tahu

Ramai yang tanya dan email aku bagaimana cara nak naikkan income Google Adsense di blog. Ramai yang dah lulus Google Adsense tetapi hasilnya masih tak nampak. 

Ada banyak faktor yang mempengaruhi pendapatan Google Adsense korang. Ianya bukan sekadar tulis blog kemudian esok lusa ada duit masuk. 

Kebanyakkan blogger baru ataupun yang berminat untuk jana pendapatan melalui Google Adsense ini mahukan hasil dengan cepat. Korang boleh tanya blogger lain berapa lama masa yang diperlukan sampailah mereka dapat jana pendapatan sehingga sekarang. 

Ada beberapa klien yang aku pernah buat servis blog, ada yang ambil masa 6 bulan, setahun bahkan bertahun-tahun barulah nampak hasilnya.

Ianya bukan mudah seperti mana yang orang lain nampak. Tetapi tidak mustahil juga untuk dapat income sehingga beribu ringgit. 

9 Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense Yang Korang Kena Tahu


Hari ini aku ingin kongsikan dengan korang 9 cara tingkatkan pendapatan google adsense yang korang kena tahu berdasarkan pengalaman aku sendiri.
 

1. Fokus dengan niche blog

Jawapan paling senang tetapi tidak ramai yang dapat fokus dengan satu niche. Apabila blog korang fokus dengan sesuatu niche, ianya dapat menarik audiens yang memiliki minat yang sama terhadap topik yang kita bahaskan.

Selain itu juga, blog yang memiliki niche yang jelas sebenarnya dikategorikan sebagai blog yang mempunyai "authority" terhadap konten yang dihasilkan. 

Hal ini kerana blog yang konsisten menghasilkan infomasi yang berkualiti tentang topik tertentu, maka pembaca akan melihat bahawa blog korang adalah sumber rujukan yang terbaik. 

Ini akan meningkatkan Authority blog dimata pembaca dan enjin carian. Dengan memiliki niche blog yang jelas, korang dapat target iklan yang relevan yang sesuai dengan niche. 

Sebagai contoh blog yang fokus dengan 'niche kesihatan', iklan yang dipaparkan juga akan berkaitan dengan 'kesihatan'. Ini akan meningkatkan jumlah klik pada iklan tersebut. 

Tetapi sekiranya blog yang fokus dengan konten lifestyle dan rojak iklan yang dipaparkan di blog juga akan keluar secara random. Pembaca akan lihat banyak iklan yang keluar tiada kaitan dengan konten blog. 


2. Susunan ads

Susunan iklan yang baik dan teratur dapat mempengaruhi pendapatan korang dengan meningkatkan visibiliti iklan dan mengoptimalkan (click-through rate/CTR).

Oleh sebab itu, korang perlu letakkan iklan di kedudukan yang strategik di blog seperti di bahagian atas sidebar atau di bawah tajuk kerana kawasan tersebut biasanya memiliki keterlihatan yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan kebarangkalian iklan untuk dilihat dan ditekan oleh pengunjung. 

Bukan sahaja peletakan iklan itu penting, bahkan iklan yang dipaparkan dengan pelbagai jenis ukuran dan bentuk iklan juga sangat penting supaya kita dapat menentukan jenis iklan yang bagaimana lebih efektif untuk blog korang.

Responsive-template-design
Sumber : Relaks Minda

3. Template Responsif dan Mesra Pengguna

Template responsif dan mesra pengguna membantu menciptakan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. 

Dengan template responsif, blog tersebut akan dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis paparan mengikut pengguna seperti smartphone, desktop, tablet dan sebagainya. 

Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk zoom in semata-mata untuk membaca konten blog.

Blog yang responsif dan mesra pengguna juga mempunyai navigasi yang jelas serta layout yang kemas dan menarik. Keadaan ini akan menghasilkan pengalaman pengguna yang positif.  

Bukan itu sahaja, template yang responsif akan membantu meningkatkan SEO (Search Engine Optimization) kerana Google lebih suka web yang responsif sekaligus dapat meningkatkan trafik blog. 


4. Cari Keywords CPC yang Tinggi

CPC merupakan singkatan bagi "Kos Per Klik" yang digunakan dalam pemasaran atas talian dan pengiklanan digital. CPC adalah model pengiklanan di mana pengiklan membayar setiap kali seseorang mengklik iklan mereka.

Dalam konteks pengiklanan atas talian, apabila pengiklan ingin memaparkan iklan mereka di platform seperti Google Ads, Facebook Ads, atau platform pengiklanan lain, mereka akan menetapkan anggaran dan menentukan jumlah maksimum yang ingin mereka bayar setiap kali seseorang mengklik iklan tersebut. 

Biasanya topik umum yang cenderung memiliki CPC yang tinggi ialah : 
  • Insurans 
  • Mortgage
  • Laywer
  • Kesihatan
  • Perubatan
  • Pinjaman
  • Hosting Website
  • Software Development
  • Pendidikan
Korang juga boleh Install Ubersuggest Extension untuk melihat keyword blog yang CPC tinggi. 

ubersuggest-extension-tools


5. Tulis Konten Yang Berkualiti & Panjang

Menulis artikel blog dengan jumlah patah perkataan yang banyak dapat menyajikan infomasi yang mendalam dan komprehensif

Hal ini demikian kerana korang dapat memberikan penjelasan dengan lebih terperinci terhadap sesuatu topik.

Selain itu, enjin carian juga lebih cenderung untuk menyukai konten yang panjang dan kaya dengan informasi. Artikel blog yang panjang lebih banyak menggunakan kata kunci yang berkait sehingga meningkatkan peluang untuk muncul dalam pencarian yang relevan. 

6. Tingkatkan CTR Supaya Earning Meningkat 

Peningkatan CTR (Click-Through Rate) sangat penting untuk meningkatkan pendapatan Google Adsense. 

CTR mengukur seberapa kerap orang yang melihat iklan, tautan, atau hasil pencarian, kemudian mengkliknya. Salah satu cara untuk meningkatkan CTR adalah dengan meningkatkan jumlah trafik blog korang. 

google-search-console

Jika dibandingkan prestasi blog bulan Jun 2022 dengan bulan Jun 2023, antara perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah Average CTR. 

Walaupun dari segi trafik impressions dan clicks tahun ini lebih tinggi, tetapi CTR cuma 3.3% sahaja. 

Maksudnya, korang tulis artikel yang banyak dan trafik tinggi macam mana pun kalau CTR korang rendah, income korang tak tinggi mana pun. 

Kenapa boleh jadi macam tu? Mungkin korang banyak posting artikel blog tetapi kebanyakkan artikel tersebut kurang berkualiti. Trafik meningkat tetapi dari segi CPC mungkin rendah. 

Secara ringkasnya, nak naikkan CTR kena tingkatkan trafik blog dengan menulis artikel yang berkualiti. Kalau korang boleh menulis artikel dengan banyak dan berkualiti itu lebih baik. 

7. Lihat Waktu Posting Yang Ramai Pembaca

Waktu posting yang tepat menjadi salah satu faktor dalam menarik pembaca serta meningkatkan engagement blog korang. 

Korang boleh buat experiment sendiri dengan menentukan waktu khusus untuk post artikel blog. 

Gunakan Google Analytics untuk melihat statistik data pengunjung agar korang dapat menganalisis bila jam dan hari ketika blog korang mempunyai trafik yang tinggi. 

Perhatikan juga bila waktu puncak pengguna aktif secara umum seperti sebelum pergi kerja, pada waktu tengah hari dan sebelum balik dari kerja. 

Selain itu juga korang boleh menulis artikel mengikut musim tertentu seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kemerdekaan, Hari Ibu dan sebagainya. Bisanya pada musim tertentu trafik blog lagi tinggi berbanding hari biasa. 

8. Post Setiap Hari atau Berkala

Korang suka atau tidak, hakikatnya post setiap hari dan berkala lebih berpeluang untuk meningkatkan pendapatan Google Adsense korang. 

Ramai yang nak Income tinggi tetapi apa yang aku perhatikan kebanyakkan cuma post 3 - 5 artikel sahaja sebulan. Ada juga yang banyak post tetapi bulan Jun 10 artikel, bulan Julai langsung tak post apa-apa, 

Kenapa penting untuk update blog setiap hari? Hal ini demikian kerana pengiklan juga nak untung. It must be a win-win situation. Macam mana pengiklan nak bayar kita lebih sedangkan blog jarang-jarang post? 

Ada yang kata post setiap hari tapi tak dapat apa, korang boleh rujuk balik point-point di atas tadi. 

9. Gunakan Keyword Research Tool

Korang boleh gunakan Keyword Research Tool untuk cari kata kunci yang sesuai dan mempunyai nilai cpc yang baik setiap kali korang tulis artikel baru.

Pertama sekali korang pergi ke link https://promoterkit.com/tools/seo/keyword-research

Kemudian masukkan Kata Kunci korang. Sebagai contoh "buat duit dari rumah"


Korang boleh lihat di bawah samada kata kunci korang mempunyai nilai CPC yang tinggi ataupun tidak. 

Selain itu juga korang boleh lihat senarai kata kunci yang berkaitan (related keyword) serta monthly volume kata kunci yang mana paling banyak. 


Selain tools di atas, korang boleh gunakan Google Keyword Planner, Ubersuggest, Google Trends dan Keyword Everywhere. 

Kesimpulan

Apa yang aku kongsikan mungkin korang tahu. Tips mana yang korang rasa sesuai dengan blog korang bolehlah diaplikasikan di blog. 

Ada banyak lagi cara untuk tingkatkan earning adsense korang cuma aku kongsikan sebahagian sahaja. InsyaAllah ada kelapangan masa aku kongsikan lagi tips-tips lain berkenaan Google Adsense di blog ini.

Secara ringkas nak jana pendapatan dengan Google Adsense nie sebenarnya korang kena fokus dengan konten, kata kunci, trafik, performance blog secara keseluruhan dari segi teknikal, link building, SEO dan sebagainya. 

Banyak yang perlu diperhatikan. Apapun jangan berhenti untuk belajar dan menulis. Takda income takpa tulis saja. InsyaAllah semuanya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang penting santai-santai saja menulis. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

5 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama