5 Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console (Update 2025)

tips gambar untuk trafik blog


Ramai blogger fokus tulis artikel panjang-panjang, tapi lupa satu aset penting yang boleh tarik trafik dari Google Search Console: IMEJ.

Ya, gambar pun boleh bantu naikkan impressions dan clicks, terutamanya dari carian Google Image. Aku sendiri dah cuba teknik ni selama lebih sebulan – hasilnya memang ketara!

Trafik organik meningkat, impressions makin konsisten, dan paling best – post lama pun dapat nafas baru.

Kalau korang masih tak optimize bahagian gambar, inilah masa terbaik untuk mula. Jom aku kongsikan tips naikkan trafik blog melalui gambar, lengkap dengan teknik yang relevan untuk tahun 2025.

optimize gambar untuk SEO blog

Aku dulu pun tak ambil serius sangat bab gambar ni. Tapi lepas tengok data dalam Google Search Console, baru aku sedar – gambar pun ada kuasa besar dalam SEO blog!


5 Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console 

1. Upload Gambar Original / Create Imej Sendiri

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu upload gambar original di blog ataupun create imej menggunakan tools seperti Canva, Adobe Express, atau AI tools seperti DALL·E & Bing Image Creator.

Nampak simple sahaja kan? Tetapi ramai yang ambil mudah bab gambar di blog. Google lebih suka gambar unik, bukan yang copy-paste dari Google Image. Gambar duplicate biasanya tak akan muncul di carian gambar.

SEO image blog

Apabila korang ambil gambar dari google biasanya gambar yang korang ambil itu jarang mendapat kedudukan di Google Image kerana Google dapat detect gambar yang original. Dorang takkan letak gambar yang sama di enjin carian. 


2. Isi Bahagian Alt-Text & Title Text Imej

Seperti yang aku pernah maklumkan pada artikel sebelum ini korang wajib isi bahagian alt-text & title text untuk gambar yang korang upload di blog. Ia dapat meningkatkan SEO dengan memasukkan alt text dan judul pada gambar.

Alt-text ialah "mata Google" untuk faham gambar korang.

Pastikan:

  • Alt-text mengandungi keyword berkaitan artikel
  • Title text pula boleh jadi versi pendek alt-text
  • Elakkan letak perkataan umum macam "gambar cantik" saja.

Cara google indeks gambar kita ialah melalui alt-text dan title text. Jadi sekiranya korang abaikan bahagian ini, korang telah lepaskan peluang untuk dapatkan trafik daripada Google Image. 

Sebagai contoh:

  • Alt-text: epal hijau segar dalam bakul rotan
  • Title text: epal hijau segar

3. Gunakan Keyword yang Sesuai Pada Gambar

Pada bahagian alt-text dan title text korang hendaklah menggunakan keyword yang sesuai dengan gambar tersebut. 

Letak keyword utama dan LSI keywords (kata kunci berkaitan) pada gambar.

Contoh kalau artikel korang tentang diet:

  • Keyword: "makanan diet", "resepi sihat", "epal hijau"
  • Jangan salah label: gambar epal tapi alt-text letak "buah rambutan" – Google akan confused!


Hal ini kerana pengguna search gambar menggunakan kata kunci tersebut. Sekiranya korang upload gambar epal hijau tetapi bahagian deskripsi korang letak buah rambutan memang salahlah. 


4. Guna Format WebP & Compress Gambar

Jangan lupa untuk compress gambar sekiranya saiz gambar yang korang upload di blog adalah besar. Saiz gambar yang besar akan menyebabkan blog loading lebih lambat. 

Kalau korang create imej sendiri guna apps macam Canva, PicsArt atau seumpamanya, pastikan gambar tu di-resize dan compress dulu sebelum upload ke blog.

Ingat ya – setiap template blog ada dimensi gambar yang berbeza, jadi tak boleh main letak ikut suka hati.

Kalau korang terus upload gambar dari handphone (selalunya saiz besar gila), blog akan jadi berat, lambat loading, dan ni akan jejaskan SEO dan pengalaman pembaca.

Bila kita right click → Inspect → hover pada gambar, akan keluar dua info:
  • Natural/Original Size (contoh: 1024×768)
  • Rendered Size atau Displayed Size (contoh: 286×180)
Yang penting untuk blog performance adalah Rendered Size, sebab itu yang dipaparkan pada browser dan mempengaruhi layout dan loading blog.

Sekiranya korang menyesuaikan gambar ikut Rendered Size yang ditunjukkan oleh Inspect membantu:
  • Elakkan pembaziran bandwidth
  • Percepat loading blog
  • Elak gambar nampak kabur atau pecah
  • Tingkatkan skor Core Web Vitals

Saiz tersebut sesuai untuk thumbnail sahaja ya. Jadi korang kena tahu saiz imej blog korang. Tak boleh ikut saiz blogger lain kerana ia akan memberi kesan kepada performance dan loading blog. 

Sekiranya korang upload gambar dari handphone korang, jangan lupa untuk compress dahulu sebelum letak dalam artikel. 

Format WebP kini jadi standard pada 2025 sebab:
  • Saiz lebih kecil dari JPEG/PNG
  • Kualiti masih kekal cantik
  • Disokong oleh majoriti browser (Chrome, Safari, Edge)

Tips compress:
  • Saiz bawah 100kb (jika boleh)
  • Guna tools: TinyPNG, Squoosh, CompressJPEG

5. Guna Structured Data untuk Gambar

Kalau korang guna WordPress atau Blogger dengan sedikit coding, boleh guna schema markup untuk gambar.
<img src="gambar-epal.webp" alt="epal hijau" itemprop="image">
Markup ini bantu Google faham gambar & paparkan dalam rich results.


Kesimpulannya

Secara ringkasnya cara nak naikkan trafik blog melalui imej korang hendaklah menggunakan gambar original, saiz gambar yang kecil dan kata kunci yang sesuai. 

Nampak mudah tetapi tidak semudah itu sebab nak edit bahagian gambar inilah yang paling leceh sekali nak buat. 

Kebanyakkan blogger nak ringkas saja. Upload gambar dah siap!

Cuma kesannya pada jangka masa yang panjang blog korang akan jadi lambat loading. Slowly akan jadi berat. 

Masalah loading blog yang berat bukan 100% salah template. Kadang-kadang gambar besar & tidak optimize jadi punca utama.

Nak Naikkan Trafik Blog di 2025? Mulakan dengan optimize gambar satu per satu. Walaupun leceh, hasilnya sangat berbaloi. Slow progress is better than no progress.

Semoga tips ini bermanfaat untuk korang semua. All the best blogger!

3 Ulasan

  1. Sungguhlah Nurul.. kalau gambar berat akan bagi kesan dekat performance blog kita. Kak net masih struggle jugak kekadang tu.

    BalasPadam
  2. Setuju, bila guna gambar sendiri akan bagi tahu google yang kita ada ditempat kejadian, contoh macam entry pelancongan

    BalasPadam
  3. Baru tahu tentang Alt-text dan Title text. Belajar banyak benda dari entri ni. 👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog