Ramai blogger fokus tulis artikel panjang-panjang, tapi lupa satu aset penting yang boleh tarik trafik dari Google Search Console: IMEJ.
Ya, gambar pun boleh bantu naikkan impressions dan clicks, terutamanya dari carian Google Image. Aku sendiri dah cuba teknik ni selama lebih sebulan – hasilnya memang ketara!
Trafik organik meningkat, impressions makin konsisten, dan paling best – post lama pun dapat nafas baru.
Kalau korang masih tak optimize bahagian gambar, inilah masa terbaik untuk mula. Jom aku kongsikan tips naikkan trafik blog melalui gambar, lengkap dengan teknik yang relevan untuk tahun 2025.
5 Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console
1. Upload Gambar Original / Create Imej Sendiri
Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu upload gambar original di blog ataupun create imej menggunakan tools seperti Canva, Adobe Express, atau AI tools seperti DALL·E & Bing Image Creator.Nampak simple sahaja kan? Tetapi ramai yang ambil mudah bab gambar di blog. Google lebih suka gambar unik, bukan yang copy-paste dari Google Image. Gambar duplicate biasanya tak akan muncul di carian gambar.
Apabila korang ambil gambar dari google biasanya gambar yang korang ambil itu jarang mendapat kedudukan di Google Image kerana Google dapat detect gambar yang original. Dorang takkan letak gambar yang sama di enjin carian.
2. Isi Bahagian Alt-Text & Title Text Imej
Seperti yang aku pernah maklumkan pada artikel sebelum ini korang wajib isi bahagian alt-text & title text untuk gambar yang korang upload di blog. Ia dapat meningkatkan SEO dengan memasukkan alt text dan judul pada gambar.
Alt-text ialah "mata Google" untuk faham gambar korang.
Pastikan:
- Alt-text mengandungi keyword berkaitan artikel
- Title text pula boleh jadi versi pendek alt-text
- Elakkan letak perkataan umum macam "gambar cantik" saja.
Cara google indeks gambar kita ialah melalui alt-text dan title text. Jadi sekiranya korang abaikan bahagian ini, korang telah lepaskan peluang untuk dapatkan trafik daripada Google Image.
Sebagai contoh:
- Alt-text: epal hijau segar dalam bakul rotan
- Title text: epal hijau segar
3. Gunakan Keyword yang Sesuai Pada Gambar
Pada bahagian alt-text dan title text korang hendaklah menggunakan keyword yang sesuai dengan gambar tersebut.
Letak keyword utama dan LSI keywords (kata kunci berkaitan) pada gambar.
Contoh kalau artikel korang tentang diet:
- Keyword: "makanan diet", "resepi sihat", "epal hijau"
- Jangan salah label: gambar epal tapi alt-text letak "buah rambutan" – Google akan confused!
4. Guna Format WebP & Compress Gambar
- Natural/Original Size (contoh: 1024×768)
- Rendered Size atau Displayed Size (contoh: 286×180)
- Elakkan pembaziran bandwidth
- Percepat loading blog
- Elak gambar nampak kabur atau pecah
- Tingkatkan skor Core Web Vitals
- Saiz lebih kecil dari JPEG/PNG
- Kualiti masih kekal cantik
- Disokong oleh majoriti browser (Chrome, Safari, Edge)
- Saiz bawah 100kb (jika boleh)
- Guna tools: TinyPNG, Squoosh, CompressJPEG
5. Guna Structured Data untuk Gambar
<img src="gambar-epal.webp" alt="epal hijau" itemprop="image">
Kesimpulannya
Semoga tips ini bermanfaat untuk korang semua. All the best blogger!
Sungguhlah Nurul.. kalau gambar berat akan bagi kesan dekat performance blog kita. Kak net masih struggle jugak kekadang tu.
BalasPadamSetuju, bila guna gambar sendiri akan bagi tahu google yang kita ada ditempat kejadian, contoh macam entry pelancongan
BalasPadamBaru tahu tentang Alt-text dan Title text. Belajar banyak benda dari entri ni. 👍
BalasPadamCatat Ulasan