Korang Masih Nak Tulis Blog? Ini Jawapan Zaman AI Sekarang

Dulu masa mula-mula aku berblog, semua orang sibuk cari tips blogging. Macam mana nak mula blog, tarik trafik, buat duit dengan blog — memang semangat lain macam. Tapi sekarang… bila sebut pasal blog, ramai yang angkat kening je.

Zaman dah berubah. AI macam ChatGPT dah boleh tulis artikel siap dalam 10 saat. Google pun dah ada AI Overview yang terus bagi jawapan. Orang ramai pula lebih suka tengok video pendek kat TikTok, Reels dan sebagainya.

Jadi, masih relevankah blogging sekarang? Korang masih nak tulis blog ke?

Jawapan aku: YA. Masih. Tapi bukan dengan cara lama.

chatgpt untuk blogger

Blog Masih Relevan — Tapi Kita Kena Upgrade

Sebenarnya, masih ramai yang baca blog. Tapi pembaca sekarang nak sesuatu yang lebih “real”. Mereka tak nak jawapan kaku atau terlalu umum. Mereka nak pengalaman sebenar. Nak tahu struggle orang lain. Nak baca kisah dari hati. Nak rasa macam tengah berbual dengan kawan.

Dan benda tu, AI tak boleh tiru.

Kenapa?
  • Masih ramai yang suka baca pengalaman sebenar daripada manusia, bukan jawapan generik.
  • Blog masih jadi sumber utama trafik organik dari Google jika artikel ditulis ikut SEO.
  • Platform seperti Medium, Pinterest dan Google Discover masih mengutamakan konten bertulis yang asli.
Blog bukan sekadar tempat menulis. Ia platform membina jenama diri, kredibiliti dan komuniti.


Siapa Yang Masih Perlukan Blog Hari Ini?

Blogger baru – Yang baru nak kenal platform blog, nak belajar guna Blogger atau WordPress, dan nak tulis artikel pertama mereka.

Usahawan kecil – Yang nak guna blog untuk bisnes tapi tak tahu pasal SEO atau tarik trafik.

Pelajar & freelancer
– Yang nak bina portfolio sendiri atau cari pendapatan pasif.

Blogger lama – Yang dulu pernah aktif, tapi sekarang nak buat“come back”.

Blog bukan sekadar tempat menulis. Ia masih aset digital kita yang kita miliki sepenuhnya — bukan macam akaun media sosial yang bila-bila boleh hilang.


Kenapa Tak Terus Guna ChatGPT Atau Google Sahaja?

Soalan logik — tapi hakikatnya, pengalaman sebenar lebih bernilai daripada teori.

AI boleh bagi jawapan umum, tapi tak boleh kongsi pengalaman peribadi atau kisah jatuh bangun kita sebagai blogger. Ramai yang lebih suka baca artikel dalam gaya santai dan bahasa Melayu yang mesra, bukan jawapan formal.

Tips dari manusia sebenar lebih relatable. Bila kita cerita struggle dan proses, pembaca rasa lebih dekat dan mudah faham.

Contoh bagaimana AI boleh bantu cari idea artikel mudah saja melalui ChatGPT. Korang boleh tanya: “Apa topik blog trending untuk niche kewangan 2025?”

AI akan cadangkan pelbagai idea, kemudian kita tapis ikut gaya dan pengalaman sendiri. Jika penulisan asal korang berterabur, AI boleh bantu betulkan susunan ayat.


Cara Nak Kekal Relevan Dalam Dunia AI

Gabungkan pengalaman dengan tools AI.

Contohnya: Buat artikel “Cara Guna ChatGPT Untuk Draft Artikel Blog”.


Tulis topik yang lebih niche dan mendalam.

Elakkan konten terlalu umum macam “Cara Mula Blog”. Boleh upgrade kepada topik seperti:
  • Cara maintain blog walau sibuk kerja
  • Tips blogging masa burnout
  • Guna AI untuk jimat masa menulis

Gunakan gaya penulisan sendiri.

Tulis dari hati. Selitkan kisah, pengalaman, atau situasi sebenar. Suara kita tu yang pembaca suka.


Kitar semula konten.

Artikel lama boleh tukar jadi infografik, carousel IG, video pendek, atau eBook. Jadikan blog korang sebagai “content bank”.


Penutup: Suara Blogger Masih Ada Nilai

AI memang canggih. Tapi takkan faham perasaan apabila kita dapat komen pertama kat blog. AI takkan rasa puas bila entri kita tersenarai kat Google. AI bukan tahu pun struggle stay up tengah malam sebab nak siapkan satu artikel penuh emosi.

Semua tu — hanya blogger sejati yang faham.


Kalau korang pernah rasa, “Masih adakah orang nak baca blog zaman sekarang?”

Jawapannya: YA, ADA. Tapi bukan cari kesempurnaan. Mereka cari manusia sebenar.

Aku percaya — walaupun dunia makin canggih, suara seorang blogger tetap ada nilainya. Selagi ada orang yang cari pengalaman, kisah real, dan sentuhan jujur… selagi itulah blog takkan mati.

So korang, masih nak tulis blog? Aku harap jawapan aku ni bantu beri semangat.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Belajar Buat Blog | Panduan BlogTitle of a News Article Belajar Buat Blog | Panduan Blog Belajar Buat Blog | Panduan Blog