Bagaimana Nak Menulis Kata Kunci (Keyword) Dalam Artikel Blog

Menurut Lummo Shop, Keyword atau kata kunci adalah kata-kata atau frasa yang diketik oleh pengguna di mesin pencarian untuk mencari informasi terhadap satu topik. Semakin maksimal kita menggunakan kata kunci pada konten website, semakin tinggi kemungkinan website kita akan muncul pada halaman pertama Google.

Oleh itu penggunaan keyword dalam blog yang betul sangat penting untuk meningkatkan trafik blog.

Bagaimana Nak Menulis Keyword Dalam Artikel Blog


1. Letak keyword di bahagian tajuk

Ramai blogger yang tidak meletakkan keyword pada tajuk artikel. Ramai yang sangat kreatif dalam membuat 'headline' yang power dan mantap tetapi lupa untuk meletakkan keyword penting pada tajuk artikel.

Kebanyakkan menulis tajuk yang tidak mengambarkan keseluruhan kandungan artikel. 

Misalnya : Tajuk artikel "TV Besar" 

Kesalahan dalam tajuk ialah : Tiada keyword dan tajuk tidak spesifik.

Persoalannya : TV apa yang besar? Apa yang dimaksudkan dengan BESAR?

Jadi macam mana nak betulkan? Sekurang-kurangnya korang tulislah jenama TV dan saiz TV. 

Contohnya :
  • Jenama TV 32inci yang paling murah (keyword : jenama tv)
  • TV terbesar dan paling murah di Malaysia (tv terbesar paling murah)
  • TV besar yang tahan lama (tv tahan lama)

Maksudnya dalam tajuk artikel korang kena ada kata kunci tersebut. Aku bagi contoh lain pula.

Contoh keyword : kuruskan badan

Tajuk blog :
  • Cara kuruskan badan dalam masa sebulan (kuruskan badan sebulan)
  • 100 tips kuruskan badan dalam masa seminggu yang paling berkesan (kuruskan badan seminggu)
  • Petua kuruskan badan tanpa bersenam (kuruskan badan tanpa bersenam)

Tak kisahlah tajuk mahu buat kreatif macam mana pun. Yang penting keyword "kuruskan badan" tu ada.

2. Gunakan kata kunci pada imej blog

Korang boleh masukkan kata kunci pada imej yang kita gunakan di blog. 

Kenapa penting letakkan kata kunci pada gambar? Hal ini demikian kerana enjin carian mengindeks bukan sahaja artikel tetapi video, imej, news dan juga web. 


Jadi apabila korang taip kata kunci tersebut di Google Image, akan muncul gambar yang kita publish di blog. 

Sebagai contoh kata kunci 'borang kursus kahwin sabah'. Untuk blog aku sahaja, 3 gambar yang muncul di Google Image. Jadi sekiranya korang abaikan bahagian imej ini, korang dah kehilangan trafik untuk carian imej. 


Macam mana nak letak keyword di imej blog? Korang boleh baca di SINI


3. Gunakan keyword di bahagian permalink url 

URL permalink inilah yang menentukan ranking artikel blog korang. Sekiranya korang menulis permalink yang tiada keyword padanya kemungkinan untuk artikel tersebut berada pada halaman 1-3 itu sangat rendah. 

Dan sudah semestinya permalink tersebut harus mempunyai kata kunci yang mengambarkan kandungan artikel. 

Sebagai contoh :
  • https://cariblogger.com/tips-kuruskan-badan/
  • https://siraplimau.com/cara-kuruskan-badan-cepat/
  • https://www.coachkurus.com/7-tips-kuruskan-badan-dalam.../

Nampak kan? Dalam permalink url pun ada keyword 'kuruskan badan'.

4. Gunakan kata kunci di bahagian search descriptions 

Gunakan kata kunci di bahagian search descriptions yang ada pada blog semasa menulis artikel. Sebab kata kunci ini yang akan keluar di bahagian search engine nanti.

Search description atau dikenali sebagai 'Meta Pencarian' merupakan kepingan teks pendek yang menerangkan secara ringkas kandungan artikel korang. 

Contoh kata kunci di google

Nampak tak mereka menulis tajuk, permalink dan search descriptions yang mempunyai kata kunci 'tempat menari di kota kinabalu'.

5. Gunakan keyword dalam artikel blog 

Akhir sekali letakkan kata kunci dalam artikel blog kita paling minimum pun 3 kata kunci. Tidak perlu letak banyak sangat nanti jadi keyword stuffing pula.

According to Search Engine Journal - Keyword stuffing is a confirmed negative ranking factor. Attempting to manipulate search rankings with repeated uses of words or phrases will only cause a site to rank lower in Google's search results. 

Cara mencari kata kunci di artikel

Macam mana nak tahu berapa banyak keywords kita gunakan di blog?

Pertama sekali, korang tulis dahulu artikel blog seperti korang biasa tulis secara spontan tanpa memikirkan soal kata kunci. 

Setelah itu, barulah korang search kata kunci yang korang gunakan. Secara keseluruhan berapa kata kunci yang keluar? 


Sekiranya artikel tersebut tidak mempunyai kata kunci langsung, korang boleh tamba di bahagian imej, search descriptions, pendahuluan, penutup artikel, permalink dan tajuk blog. 

Tetapi sekiranya artikel korang terlalu banyak kata kunci, korang bolehlah kurangkan.

Walau bagaimanapun, artikel yang berkualiti dan bermanfaat itu jugalah yang disukai enjin carian. Penulisan kata kunci (keyword) boleh dipelajari oleh sesiapa pun. Practice makes perfect. 

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

1 Ulasan

  1. Wahhhh . ada yang saya dah praktik.. ada yang x buat lagi . ohh.. at least tiga kali sebut kata kunci dalamtu ❤️

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama