Tiada Idea Nak Tulis Apa di Blog

Tiada idea nak tulis apa di blog merupakan faktor utama kebanyakkan blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog tak tahu kongsi apa di blog.

Jangankan blogger baru, blogger lama sendiri pun kadang mempunyai masalah yang sama.

Apabila kita menghadapi situasi writer's block ini menyebabkan blog kita tidak dapat dikemaskini dengan konten-konten baharu. Bukan itu sahaja, motivasi kita untuk menulis juga menurun.
 
Sebelum kita cuba untuk menyelesaikan masalah kekurangan idea ini. Adalah penting untuk kita mencari tahu punca kenapa sesetengah blogger tiada idea nak tulis apa di blog.

Punca Kekeringan Idea / Writer's Block

1. Tidak mempunyai matlamat / visi

Salah satu faktor yang menyebabkan kita tidak mempunyai idea adalah kerana tidak mempunyai matlamat dalam menulis blog. Apabila kita melakukan sesuatu mesti mempunyai niat kan. Agak mustahil seseorang melakukan sesuatu perkara tanpa niat. 

Jadi sebelum ada blog lagi kita sudah ada niat dan matlamat untuk berblog. Korang sebenarnya berblog sebab apa?

  • Adakah kerana suka menulis?
  • Adakah kerana tengok orang lain ada blog, korang pun nak ada blog?
  • Adakah kerana ingin mengisi masa lapang?
  • Adakah menulis kerana ingin menjana pendapatan sampingan?

Semuanya bergantung dengan matlamat korang sendiri.


2. Blog tidak mempunyai niche

Apabila korang tidak mempunyai matlamat kenapa menulis blog. Maka, korang tidak mempunyai niche blog. Korang tak tahu nak tulis apa sebab korang sendiri tidak tahu niche blog korang pasal apa. 

What is a blog niche? A blog niche is a specialized topic area that you'll be focusing on when writing content.- www.wix.com

Jadi korang kena ada tema atau topik yang spesifik untuk blog supaya korang lebih fokus nak menulis konten pasal apa. 


3. Kurang membaca

Sekarang dah zaman internet pun masih ramai yang masih malas membaca. Apatah lagi membaca bahan bacaan fizikal. Korang tak percaya cuba tengok kat facebook. Ramai yang kongsi artikel tanpa baca keseluruhan artikel. 


Masyarakat berpusu-pusu nak paling cepat viralkan, jadi orang pertama yang tahu tentang sesuatu tanpa usul periksa. 


Kadang kita bukannya tiada idea, cuma kita tak tahu bagaimana nak terjemahkan idea kita dalam penulisan sahaja. Oleh itu, aktiviti membaca membantu dalam menambah ilmu pengetahuan, menambah perbendaharaan kata, dan meningkatkan pencapaian bahasa.


Apabila kita kurang membaca, perkataan yang kita gunakan pun menjadi terbatas kerana tiada pengetahuan baru yang kita peroleh seperti kosa kata baharu. 


4. Takut tiada pembaca

Takut orang tak baca blog kita juga adalah salah satu punca kenapa blogger tiada idea nak tulis apa kat blog. Blog dah ada, idea dah ada. Cuma takut nak tulis sebab risau tiada pembaca blog. 


Ingat balik matlamat kita menulis sebab apa? 


Tanyalah mana-mana blogger, tiada yang buat blog hari ini, esok lusa dapat views beribu-ribu. Melainkan blogger tersebut dah ada ramai followers dan baru nak buat blog, sudah semestinya blogger tersebut mempunyai pembaca dalam kalangan followers mereka sendiri. 


5. Nak hasil yang cepat

Kebanyakkan blogger baru nak terus dapatkan hasil yang cepat. Hari ini buat blog terus dapat trafik meroket. Hari ini buat blog terus nak income banyak. 


Kita tak boleh bandingkan diri kita yang baru berblog hari ini dengan blogger yang berpuluh-puluh tahun dah berblog. Memang tak sama. 


Ibarat kita bandingkan murid tahun 1 dengan murid darjah 3 memang tak sama. Silibus pelajar tahun 1 tak sama dengan pelajar tahun 3. 


Macam mana pula dengan blogger yang dah berpuluh tahun berblog tapi views tetap macam tu? Yang nie pun ada banyak faktor juga. 


Perubahan dalam dunia blog mempengaruhi cara penulisan kita. Dunia blog sentiasa berubah-ubah jadi kita kena ikut perkembangan semasa juga. Blog sekarang tak macam dulu. Jadi jawapannya kena belajar dan ikut perkembangan blog semasa yang enjin carian nak sekarang. 


Oleh sebab itu jadi blogger ini sentiasa kena tanamkan sikap ingin tahu dan terus belajar. Ilmu itu penting nak buat apa jenis pekerjaan sekalipun. 

blog idea

Cara Jana Idea Menulis Blog (Blogpost Ideas)

1. Tetapkan matlamat menulis blog. Find your "Big Why".

Nampak macam tidak penting kan? Tetapi matlamat inilah yang akan pandu kita nak jadi blogger yang macam mana.


Ada orang buat blog untuk mengisi masa lapang dan cerita perjalanan hidup sebagai seorang ibu. Jadi matlamat dia menulis sebab nak berkongsi pengalaman sebagai ibu. Konten blog terarah ke parenting blog. 


Sebagai contoh, Belajar Buat Blog dibina adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran aku sendiri sebagai blogger sepenuh masa. 


Jadi matlamat blog ini adalah untuk memberikan pengetahuan tentang dunia blogging itu macam mana. Visi blog ini adalah ingin berkongsi cara bagaimana nak mula berblog sehinggalah jadi blogger yang korang inginkan.  


2. Tentukan niche blog

Apabila sudah mempunyai matlamat yang jelas, maka senang untuk korang menentukan niche blog. Sebagai contoh, korang suka menulis dan berkongsi tentang kesihatan. Jadi korang boleh buat niche tentang kesihatan.


Apabila dah tetapkan niche blog. Korang pecahkan lagi kepada beberapa kategori. Topik kesihatan yang macam mana korang suka tulis? Pasal produk shaklee? Pasal kesihatan wanita? Nak tulis tentang pemakanan? 


Apabila dah ada topik-topik yang tertentu, mudah untuk korang jana idea dan mencari rujukan. 


3. Banyakkan membaca

Blogger tidak akan terpisah dengan aktiviti membaca. Sebelum ini korang tiada matlamat dan niche blog, jadi nak tulis apa kat blog pun tak tahu. Hal ini demikian kerana korang tidak mempunyai fokus bacaan terhadap sesuatu topik. 


Korang randomly baca sahaja apa-apa topik yang ada. Akhirnya terlalu banyak idea tetapi tak tahu nak tulis apa juga. Nak tulis di blog pun korang akan berfikir kali-kali sebab rasa macam blog jadi caca merba dah. 


Apabila dah tahu matlamat korang, bacaan korang pun lagi berfokus dengan niche blog. Jadi banyakkan membaca topik yang sama dengan niche blog korang. 


4. Blogwalking blog yang mempunyai niche yang sama

Salah satu cara untuk jana idea blog adalah dengan blogwalking blog yang mempunyai niche yang sama dengan blog korang. 


Adakah ini bermakna korang tidak boleh blogwalking blog yang lain?


Bukan begitu ya wahai sahabat. Tujuan kita blogwalking blog yang mempunyai niche yang sama adalah untuk mencari idea baharu untuk konten blog kita. 


Nak jadi blogger berjaya kenalah baca tips-tips blogger berjaya kan? Nak belajar tentnag blog, banyakkan baca tips-tips blogging. 


Nak idea pasal kecantikan, korang cari blogger yang kongsi tentang tips kecantikan. Nak belajar memasak, cari blog-blog tentang masakan.


Blogwalking niche lain itu tak salah kalau kita suka baca apa yang blogger itu tulis. Blogwalking kan ada banyak tujuan. Ada yang blogwalking sebab nak tinggalkan komen, nak mengeratkan hubungan sesama blogger, ataupun nak mempromosikan blog. 


Blogwalking yang aku maksudkan pula adalah untuk mencari idea.


5. Cari blogpost ideas melalui topik trending di media sosial

Ini adalah salah satu cara untuk menjana idea menulis blog. Korang boleh tengok kat media sosial seperti facebook, twitter, dan tiktok untuk mencari topik-topik yang sedang trending. 


Misalnya seperti twitter, korang pasti akan dapat notification tentang topik yang trending kan. Jadi bolehlah dijadikan bahan untuk menulis di blog. 


Bukan itu sahaja, di telefon kita pun ada aplikasi berita dalam dan luar negara yang korang boleh baca dari pelbagai jenis sumber. 


Bagaimana pula dengan blog yang tidak mempunyai niche khusus?

Ada banyak cara nak jana idea walaupun tidak mempunyai niche blog yang khusus antaranya adalah dengan :

1. Menulis berdasarkan label blog 

Setiap blog pasti ada label masing-masing kan? Jadi korang boleh tentukan topik berdasarkan label yang ada pada blog. Aku bagi contoh untuk Blog Inspirasi ada pelbagai jenis kategori. 

Jadi kalaupun betul-betul tiada idea, paling senang lah nak tulis pun pasal 'Resepi'. Cari saja mana-mana resepi kat facebook atau telegram dan kongsikan di blog. Jangan lupa letakkan kredit kepada penulis atau sumber asal. 


Nak lagi senang supaya blog sentiasa ber'update? Korang tulislah lirik lagu. Elakkan copy paste. Kalau boleh korang dengar lagu tu dan taip kat blog. Please ya sahabat blogger sekalian, kita rajin-rajinlah sikit ya menulis sekalipun hanya sekadar lirik lagu. 


2. Menulis berdasarkan keywords

Yang ini untuk blog baru memang susah sikit nak melekat keywords kat blog. Tetapi ia adalah salah satu cara untuk menjana idea menulis blog dengan menulis berdasarkan keywords samada di blog ataupun di google search console.


3. Menulis tentang pengalaman peribadi

Setiap orang mempunyai pengalaman peribadi tersendiri. What to blog about personal? Sebagai contoh, pengalaman bersalin anak pertama setiap orang tak sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin czer. Ada yang bersalin di hospital kerajaan ada pula yang bersalin di hospital swasta.


Setiap orang mempunyai kisah masing-masing walaupun topik yang sama iaitu "pengalaman bersalin". Jadi catatkan pengalaman korang di blog sebagai perkongsian umum untuk orang lain. 


Pastikan apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. 


Baiklah rasanya sampai di sini sahaja perkongsian untuk kali ini. Aku harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang yang mungkin sedang buntu dan tak tahu nak tulis apa di blog. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua. InsyaAllah aamiin. 



Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

3 Ulasan

  1. Kadang2 tu, sampai berhari2 jugak baru post entry baru. Kekangan masa jugak

    BalasPadam
  2. thanks for sharing.. bagus ni

    BalasPadam
  3. Good sharing Nurul..betul blogger lama pun selalu kebuntuan idea nk tulis apa kat blog…

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama