Bagaimana Cara Menulis Artikel Blog Bagi Yang Baru Mula Berblog (Update 2022)

Ramai blogger yang baru mula berblog tak tahu nak tulis artikel di blog ini ada teknik dan format tertentu ke?

Jawapan aku : Korang bebas menulis ikut cara yang korang suka dan selesa. 
Namun perlu diingat juga apa tujuan korang menulis blog? 

Sekiranya korang jenis blogger yang tidak kisah tentang trafik dan tidak terfikir nak jana pendapatan melalui blog lagi, korang tak perlu kisah sangat soal cara menulis artikel ni. 

cara-menulis-artikel-blog

Tetapi sekiranya korang nak tahu macam mana nak tarik pembaca, tingkatkan trafik, dan mungkin pada masa akan datang merancang untuk menjana pendapatan melalui blog. Jadi entri ini khas untuk korang.

Bagaimana Cara Menulis Artikel Blog Bagi Yang Baru Mula Berblog

Apa yang aku kongsikan di sini ialah panduan penting menulis artikel di blog yang korang kena tahu dari segi format dan struktur penulisan.

Untuk memudahkan korang lebih faham aku akan kongsikan dengan korang macam mana aku tulis artikel di blog. 

1. Pemilihan tajuk yang mantap

Tajuk artikel adalah first impression pembaca. Tajuk yang unik dan kreatif akan menarik pembaca untuk klik artikel tersebut. Jadi sekiranya korang gagal dalam first impression ini, maka korang akan susah untuk menarik pembaca ke blog. 

Aku bagi contohlah untuk Blog Sii Nurul di bawah :

google search console
Baca : What are impressions, position, and clicks?

Korang boleh nampak sendiri Google Search Console di atas menunjukkan 10k high impression tetapi total click cuma 537 sahaja. Betapa ruginya di situ. Aku telah kehilangan lebih dari separuh pembaca macam tu sahaja. 

Berada di Search Engine tidak bermaksud banyak pembaca. Cuma peluang untuk dapatkan trafik itu lebih tinggi. Hanya perlu latihan berterusan menulis tajuk yang mantap sahaja. 

Aku pun masih lagi belajar untuk menulis tajuk artikel yang baik. Walaupun begitu setakat tajuk artikel yang mantap sahaja tidak cukup. 

2. Penggunaan heading, subheading, paragraph

Penggunaan heading, subheading dan paragraph sangat penting dalam penulisan artikel supaya artikel nampak lebih berstruktur dan tersusun. 

Ia juga menunjukkan yang mana kandungan artikel yang utama dan pecahan subtopik kepada artikel yang kita tulis. 

heading and subheading examples


Biasanya pengguna wordpress selalu guna kaedah ini. Bagaimana pula dengan pengguna blogspot? Korang hanya perlu menggunakan fungsi heading, subheading, yang sedia ada di blogspot. 

cara menulis artikel di blog
Blogspot agak rumit sedikit sebab perlu menulis secara manual dari segi struktur artikel berbanding wordpress. Sekiranya korang tidak tahu tentang ini akan menyebabkan ramai blogger yang main tulis sahaja. 

Selain itu, ramai juga dalam kalangan blogger yang suka tulis panjang-panjang dalam 1 perenggan. 

Orang Malaysia ini kurang membaca. Jadi untuk tarik perhatian mereka terhadap teks bacaan artikel kenalah tulis ayat yang pendek dalam 1 perenggan. 

Korang tulis 1 - 2 ayat dalam 1 perenggan sahaja sudah cukup memadai. Kalau tak percaya korang tengok sendiri website yang terkenal seperti Neil Patel, Ahrefs, Start Blogging Online dan ramai lagi. 

3. Penggunaan label blog

Penggunaan label di blogspot berfungsi untuk mengkategorikan artikel yang ada dalam blog. Jadi di sini ramai juga yang salah dalam penggunaan label. 

Ramai yang beranggapan 'label' sama dengan 'tag'. Sebenarnya tidak! Sila perbetulkan label korang mengikut kategori atau topik. Penggunaan label membantu untuk menyusun kandungan artikel supaya pembaca senang nak cari artikel yang berkaitan. 

Dan sebaik-baiknya menggunakan label yang ada pada menu blog kita.

Label blog membantu korang menyusun konten blog dengan lebih cepat. Malah, korang boleh melihat berapa banyak kandungan yang telah ditulis tentang topik tertentu serta mengetahui kekuatan niche blog cenderung ke topik yang macam mana. 

4. URL Permalink menentukan kedudukan artikel blog

Menurut pakar SEO Neil Patel, faktor dalam menentukan ranking sesuatu blog itu berdasarkan penggunaan URL permalink. 

Oleh itu, url permalink mestilah menggambarkan konten blog. Selain itu, korang juga boleh menggunakan keyword sebagai url permalink.

Pengunaan URL yang pendek amat digalakkan. Secara purata URL pada halaman berperingkat nombor satu hanya sebanyak 59 aksara.

Nak belajar lebih mendalam tentang SEO boleh rujuk pakar SEO Neil Patel. Kebanyakkan tips yang diberikan akan membantu korang meningkatkan SEO blog. 

5. Isi bahagian Search Description

Jangan lupa untuk isi bahagian search description yang ada pada sebelah kanan blog. Search description atau dikenali sebagai 'Meta Pencarian' merupakan kepingan teks pendek yang menerangkan secara ringkas kandungan artikel korang. 

search description

6. Masukkan gambar dalam artikel

Penggunaan gambar dalam artikel sangat penting kerana ia dapat menarik perhatian pembaca secara visual. Selain itu juga, memasukkan elemen gambar ke dalam artikel blog dapat meningkatkan trafik dari mesin pencari gambar (image search engines).
edit-alt-text-images

Ia dapat meningkatkan SEO dengan memasukkan alt text dan judul pada gambar. Sebaik-baiknya memasukkan gambar yang berkaitan dengan artikel yang ditulis untuk memudahkan pembaca memahami kandungan artikel. 

Korang boleh masukkan kata kunci artikel untul alt-text dan judul gambar. Setelah itu pastikan gambar korang telah di compress dan saiz mengikut layout blog masing-masing. 

7. Jangan tinggalkan penggunaan highlight, bold, italic, underline & quote text

Setiap kali menulis artikel jangan lupa untuk gunakan highlight, bold, italic, underline & quote text. 
Tidak perlu guna semuanya. Paling kurang pun gunakan tulisan bold untuk menegaskan point penting dalam artikel.

Ia memudahkan pembaca untuk cari point penting dalam artikel. Apabila korang tidak meletakkan mana-mana fungsi tersebut, pembaca mudah bosan dan tidak semua pembaca rajin untuk baca keseluruhan artikel tersebut. 

8. Masukkan link Internel & External 

Menurut Setupad menjelaskan bahawa Internal link membantu pengguna dan enjin carian mencari halaman dalam blog korang dengan lebih baik. 

Ia boleh membantu meningkatkan kedudukan ke halaman lain dalam blog korang. Manakala external link pula digunakan untuk menunjukkan bahawa halaman boleh dipercayai untuk enjin carian.

Kesimpulannya 

Setakat itu sahaja perkongsian bagaimana cara menulis artikel blog bagi yang baru mula berblog. Sebenarnya ada banyak lagi tips penting dalam menulis artikel. Cuma untuk hari ini aku cuma kongsikan dari segi struktur penulisan sahaja.

Yang paling penting sekali, tulislah artikel yang berkualiti dan bermanfaat. InsyaAllah trafik dan pembaca akan datang sendiri. 


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

Post a Comment

Previous Post Next Post