Belajar Buat Blog Cecah 1000 Pageviews Dalam Masa 2 Bulan

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Setelah berblog selama 2 bulan, akhirnya Belajar Buat Blog berjaya capai 1000 pageviews. Satu permulaan yang baik bagi aku. 

Aku target nak capai 5000 pageviews sehingga hujung tahun nie. InsyaAllah akan diusahakan untuk menulis lebih banyak konten yang menarik di blog ini. 

Setakat ini secara purata blog ini mempunyai 35 views dalam sehari. Dan paling tinggi setakat ini ialah 80 views sehari. 

Ramai yang bertanya kenapa aku tak berkongsi tentang tips SEO, Google Adsense dan sebagainya. 

Belajar Buat Blog Cecah 1000 Pageviews Dalam Masa 2 Bulan

Mungkin ada yang tak maklum lagi bahawa blog ini mengajar langkah demi langkah dari ZERO sampailah mendatangkan hasil. Yang mana bukti itu datangnya dari blog ini sendiri. 

Dalam masa 2 bulan terus lompat ke SEO bagi seorang beginners itu mungkin agak susah. For me basic is the most important things. 

Jadi aku minta maaf sekiranya blog ini tidak mencapai expectation korang. Aku tahu korang dah ada basic blogging yang kukuh dan inginkan sesuatu kelainan. 

Matlamat aku membina blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kemahiran tentang pengalaman aku sendiri sepanjang berblog. Bukan setakat nak tahu macam mana nak buat duit dari berblog sahaja. 

Jadi, blog ini tempat kita belajar sama-sama dan perbaiki apa kelemahan, kesilapan, dan saling berbagi idea dan pendapat.

Kalau korang rasa blog ini tidak memberi info apa yang korang nak. Aku minta maaf sangat-sangat. Korang boleh cari orang lain, sebab aku tahu ada orang yang lebih baik, berilmu dan banyak income lagi korang boleh rujuk. 

Kata Ustadz Adi Hidayat, kalau sesorang itu tidak menjadikan kita lebih baik. Cari seseorang yang boleh menjadikan kita lebih baik. Cari mentor atau cikgu yang mendorong kita untuk jadi lebih baik. 

InsyaAllah, kalau blog ini korang rasa tidak membawa apa-apa perubahan pun untuk blog korang. Maksudnya korang salah pilih tempat untuk belajar. Jadi cari orang lain lagi gitu. Simple saja. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama