Tips Naikkan Pageview Blog Yang Terbukti Berkesan

Hari ini aku mahu kongsikan berkenaan trafik blog ini. Setelah lebih sebulan aku berblog, akhirnya aku berjaya capai 500 pageviews! Alhamdulillah rasa bangga dan gembira dengan pencapaian awal blog ini. (Tepuk tangan untuk diri sendiri)

Apa yang aku kongsikan di sini ialah tips untuk blogger baru. Sebab aku bagi contoh pun dari blog ini juga. 
Tips Naikkan Pageview Blog Yang Terbukti Berkesan

Tips Naikkan Pageview Blog Yang Terbukti Berkesan

1. Tetapkan Matlamat / Target Pageview Setiap Bulan

Korang kena tetapkan matlamat atau target untuk blog. Mungkin tidak semua blogger buat seperti apa yang aku buat. Tetapi inilah yang aku buat setiap bulan. 

Dari mula berblog lagi aku dah ada target nak pageview berapa untuk tempoh masa tertentu. Hal ini demikian supaya aku boleh rekod pencapaian blog aku macam mana dan memperbaiki lagi blog dari segi konten, promosi, dan sebagainya. 

Apabila ada target dan goals, maka korang akan sedaya upaya untuk buat lebih baik untuk capai matlamat korang.

Sebagai contoh, nak target 500 pageviews dalam masa sebulan at least dalam sehari kena target 17 views. Untuk blogger baru, nak capai 10 views pun susah tau. 

Tips Naikkan Pageview Blog Yang Terbukti Berkesan
Jadi korang boleh agak dalam sehari berapa artikel yang korang kena buat untuk capai 17 views sehari tu. Sekiranya korang post 1 artikel dan hanya dapat 5 views sahaja. Korang kena post at least 3-4 artikel dalam sehari untuk capai 17 views tersebut. 

Susah? Memang susah...Tiada masa? Jadi blogger memang kena pandai cari masa terluang untuk update blog. Tiada cara paling mudah atau shortcut bagi seorang beginners! 

2. Promosikan Blog di Media Sosial

Ini adalah tips yang paling berkesan buat blog aku. Setiap kali ada artikel baru, kongsikan di media sosial korang. 

Korang kena buat akaun khas untuk mempromosikan blog seperti :
Tips Naikkan Pageview Blog Yang Terbukti Berkesan
Tiada cara paling mudah selain buat free marketing di media sosial. Yang penting kena rajin sahaja. Nak buat marketing ni pun banyak kerja juga tau, Nak design lah, nak edit sana sini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

Kalau rajin dapatlah sehari 15 - 50 views blog sehari. 

3. Banyakkan Konten

Tidak dapat dinafikan bahawa untuk blog yang masih baru kena banyak buat artikel. Paling minima korang kena tulis 10 artikel setiap bulan. Jangan tiru macam aku, 5 artikel sahaja haha. 

Siapkan tajuk dan point penting awal-awal supaya korang tinggal cari info sahaja nak tulis pasal apa. Kalau boleh buatlah tajuk yang menarik minat orang untuk baca blog kita. 

Antara contoh tajuk korang boleh buat seperti :
  • Bagaimana untuk ....
  • Rahsia untuk ... 
  • Mengapa + fakta yang mengejutkan
  • Sebab mengapa + fakta yang mengejutkan
  • Tajuk artikel panduan 
  • Tajuk berbentuk senarai
  • Tajuk artikel perbandingan (A vs B)

Tips yang lain korang kena baca semua tips-tips yang ada dalam blog ini. 

Aku tidak menjanjikan trafik yang tinggi tetapi kalau nak trafik 30 -50 gitu sehari, InsyaAllah korang boleh aplikasikan tips ini. 

Semoga bermanfaat. 


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

3 Ulasan

  1. Terima kasih Nurul tipnya.. memang tak mudah sebenarnya.. tapi bila menjadi bahagia rasa.

    BalasPadam
  2. Sebagai newbie saya akan ikut suggestions ni. Terima kasih bagi tunjuk ajar.

    BalasPadam
  3. lagi banyak konten yang berkualiti lagi bagus

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama