Cara Pilih Niche Blog Untuk Beginners

Pemilihan niche blog sangat penting dan ianya ambil masa selama 5 tahun untuk aku sedar bahawa menulis blog yang fokus dengan niche yang kita suka itu lebih baik berbanding menulis blog tanpa niche yang khusus. 

Ada banyak kelebihan bagi blogger yang memilih untuk menulis mengikut niche :
  • Blog menjadi rujukan 
  • Mudah untuk menulis konten dengan lebih terperinci
  • Membantu untuk mendapatkan sasaran pembaca 
  • Niche blog membantu untuk kekal fokus dengan konten
  • Senang untuk monetize blog 
  • Penggunaan kata kunci yang spesifik
  • Membantu kembangkan pengetahuan berkenaan sesuatu topik
  • Blog lebih menonjol kerana audience tahu blog korang berkenaan topik apa
  • Mempunyai hasil prestasi yang lebih baik dari segi SEO
find-your-niche

Cara Pilih Niche Blog Untuk Beginners

1. Tetapkan Matlamat Blog

Segalanya bermula dengan niat. Sebelum ada blog lagi dah tahu apa matlamat untuk berblog. Biasanya ada dua sahaja sebab orang berblog : Nak jana pendapatan ataupun kerana memang suka menulis. 

Apakah beza matlamat blog yang ingin menjana pendapatan dengan menulis sebagai kepuasan diri?

Blogger yang mempunyai matlamat ke arah yang boleh menjana pendapatan akan fikir tentang niche yang boleh menjana pendapatan dengan blog. Tidak kiralah samada blogger part-time ataupun fulltime. 

Manakala, blogger yang tidak mementingkan soal income melalui blog biasanya tak kisah soal jana pendapatan dengan blog. Sekiranya mereka jana pendapatan dengan Google Adsense sekalipun, mereka akan menganggap ianya adalah bonus.

Oleh itu, korang kena tetapkan matlamat blog dahulu samada menulis hanya sekadar hobi mahupun mengisi masa lapang dengan perkongsian di blog atau membina blog untuk menjana pendapatan, sebagai personal branding dan sebagainya. 

2. Jadikan minat sebagai niche

Kebanyakkan blogger buat blog kerana minat menulis. Aku pun buat blog kerana minat menulis. Seiring dengan perubahan masa, kemahiran dan pengetahuan blog semakin meningkat, lama-kelamaan minat itu bertukar kepada kerjaya. 

Apa yang aku mahu sampaikan minat kita boleh mengubah matlamat kita. 

Ada yang mula dengan menulis blog, kemudian berpindah ke content creator. 
Ada yang mula dengan menulis blog, kemudian mula menjalankan bisnes di tiktok. 
Ada yang mula dengan menulis blog, kemudian menjadi Youtuber. 

Tetapi apa yang tidak berubah ialah minat kita. Tidak kira platform apapun yang kita guna minat itu tetap ada. Cuma matlamat kita sahaja yang berubah. 

Kita jadi youtuber sebab lagi mudah nak raih trafik ke blog.
Kita jadi content creators kerana melaluinya kita dapat berkongsi ilmu kepada mereka yang mungkin kurang membaca.
Kita jadi influencer kerana dapat menjana pendapatan melalui affiliates.

Kenal pasti minat kita dan jadikan minat kita sebagai niche blog. Sekiranya minat memasak, boleh pilih niche masakan dan berkongsi resepi di blog.


3. Pilih niche berdasarkan kerjaya

Ada yang memilih niche berdasarkan pekerjaan. Sebagai contoh kerjaya sebagai guru. Boleh buat niche pendidikan dan berkongsi tentang tips-tips pengajaran dan pembelajaran. 

Ada ramai bloggers dalam kalangan guru-guru yang aku kenal seperti Cikgu Hailmi, Cikgu Aiman, Cikgu Hijau (Haseni Yaakob) dan ramai lagi. Niche pendidikan merupakan niche yang senang mendapat ranking dari segi carian kata kunci. 

Contoh blogger yang menjadikan kerjaya sebagai niche blog ialah Blog Psikologi by Cikgu Asfan dan Aiman Psikologi. Setakat ini tidak ramai yang menjadikan kerjaya sebagai niche blog. 


4. Pilih niche yang trending sepanjang masa

Korang juga boleh pilih niche yang evergreen dan sentiasa di cari oleh pembaca. Antaranya ialah niche tentang :
  • makanan & resepi
  • kesihatan 
  • teknologi
  • game online
  • parenting
  • kecantikan
  • agama 
  • isu semasa (berita harian dan politik)
  • digital marketing
  • kewangan
  • personal development 
  • fitness
Walaupun begitu, bagi aku minat untuk menulis topik tersebut juga penting. Tidak semua orang minat untuk menulis tentang isu semasa walaupun ia tahu boleh mendatangkan keuntungan trafik dan pendapatan. Oleh itu, minat tetap paling utama. 

5. Pilih niche untuk branding atau kembangkan bisnes

Ada ramai blogger yang mempunyai bisnes dan menjadikan bisnes mereka sebagai niche blog. Sebagai contoh korang menjual produk shaklee, jadi korang boleh buat blog untuk berkongsi tentang produk-produk shaklee. 

Selain itu, korang ada bisnes homestay, korang boleh buat blog khas untuk homestay. Korang agent Takaful, boleh buat blog tentang kepentingan membeli insurans takaful dan sebagainya. 

Apa yang korang perlu tahu tentang niche blog?

Sebagai tambahan apa yang korang perlu tahu tentang niche :

1. Niche blog boleh berubah

Tidak semestinya apabila korang dah ada blog dan tetapkan niche, korang kena stick dengan niche tersebut sahaja. Seiring dengan perkembangan semasa niche blog kita sebenarnya boleh berubah.

Sebagai contoh, dulu masa aku masih belajar aku banyak berkongsi tentang tips-tips psikologi. Dah habis belajar aku banyak ceritakan tentang pengalaman hidup aku. Dan sehinggalah aku memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa barulah aku tetapkan niche ke arah panduan dan tips blogging. 

2. Buat blog untuk niche yang berbeza

Ada orang dia tak suka mencampur-adukkan konten blog. Oleh itu, korang boleh buat blog baru untuk niche yang berbeza. Sebagai contoh, blog utama aku ialah Blog Sii Nurul. Tetapi disebabkan aku nak berkongsi tentang panduan blog dan tips blog, maka aku buat lagi blog baru iaitu Belajar Buat Blog.

3. Belajar dari pengalaman dan asah kemahiran 

Kebanyakkan blogger pemula sukar untuk menentukan niche blog kerana kurangnya pengalaman dalam dunia blogging. 

Jadi blogger bukan sekadar menulis blog, publish dan menunggu trafik datang dengan sendiri. Banyak kemahiran yang korang perlu tahu seperti setting blog macam mana, nak design blog, ambil gambar, menggunakan teknik SEO, memahami cara penggunaan Google Analytics dan Google Search Console dan banyak lagi.

Apabila korang ZERO pengetahuan tentang blog, korang terpaksa mengeluarkan banyak kos seperti kos upah design blog, kos upah beli domain dan pasang domain, upah menulis artikel SEO, upah untuk selesaikan masalah teknikal dalam blog. 

Jadi belajar dulu macam mana dunia blogging sebelum korang betul-betul buat keputusan untuk memilih sesuatu niche blog. 

Apabila dah tahu macam mana nak buat artikel blog dengan baik. Dah ada pengalaman nak tulis tajuk artikel yang menarik, macam mana nak tarik trafik blog dengan media sosial dan sebagainya.

InsyaAllah apapun niche yang korang pilih lagi mudah untuk menulisnya. 

Kesimpulannya

Apa yang aku kongsikan di sini adalah pengalaman tentang bagaimana aku tentukan niche blog. Bukan senang nak pilih niche sebab aku sendiri pun bingung juga nak tulis pasal apa. Dan jangan risau sekiranya blog korang sekarang caca merba.

Mungkin sekarang korang tak terfikir lagi soal niche blog sebab korang sendiri pun tak tahu kan nak menulis pasal apa. Tetapi apabila dah lama berblog, nanti korang akan terfikir juga nak buat niche blog. So don't worry lah~ Keep on writing!


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama