Cara Follow Blog Yang Tiada Butang Followers

Dulu aku hairan juga kenapa blogger otai ataupun blogger lama ni kan dorang tak letak butang followers kat blog. Nak follow blog dorang pun susah. Cari-cari widget followers tak jumpa.

Setelah bertahun-tahun berblog barulah aku faham. 

cara follow blog

Sebab Kenapa Blogger Tidak Letak Widget Followers di Blog

1. Memberatkan blog

Kalau korang nak tahu kebanyakkan widget yang ada kat blogger ini memberatkan blog dan menyebabkan blog loading lambat. 

Untuk semak kelajuan blog, korang boleh semak kat GTMetrik

Blogger yang dah ramai followers dorang dah ada pembaca setia blog. Jadi sekiranya mereka tidak letak widget followers pun, blog mereka sudah dikenali dan berada di enjin carian. 

2. Konten blog dah banyak di enjin carian (Organic search)

Selain itu juga, kekuatan blog mereka dari segi organic search pun dah stabil. Walaupun tiada butang followers di blog, kebanyakkan artikel mereka mudah untuk dicari pembaca. 

Kelebihan Mempunyai Butang Followers di Blog

Bagi blogger yang tidak mempunyai banyak viewers, sangat digalakkan untuk letak widget followers di blog. Ini akan menambah bilangan pembaca setia dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah pageviews blog.

Followers juga penting untuk mengeratkan hubungan antara sesama blogger supaya mereka dapat mengetahui konten terbaru blog kita dan juga melakukan blogwalking pada masa lapang. Selain itu, ia juga penting untuk bagi orang lain untuk kenal blog kita. 

Cara Follow Blog Yang Tiada Butang Followers

1. Pergi blog yang korang suka. Misalnya Blog Sii Nurul tiada butang followers kat blog. 

2. Copy link blog https://www.siinurul.com/

3. Kemudian pergi bahagian Reading Lists. Klik Manage. 

cara follow blog

4. Klik Add, masukkan link blog. Klik Next. Korang boleh letak berapa banyak link blog yang korang suka. 
cara follow blog

5. Korang boleh pilih Follow publicly atau Follow anonymously.

cara follow blog

Jadi korang rasa penting atau tidak letak butang followers kat blog?

Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah akan datang aku kongsi lagi tentang tutorial blog yang lain ya. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

1 Ulasan

  1. pendapat saya penting. Saya pun baru letak semula tapi lepas baiki mana yang patut. Nak ringankan blog tapi tak pandai sangat jadi try and error saja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama