5 Tips Terbaik Menulis Kata Kunci Artikel Blog

5-tips-terbaik-menulis-kata-kunci

Artikel ini ditulis berdasarkan penulisan aku di blog utama yang mana aku dah pernah kongsikan tentang bagaimana menulis artikel berdasarkan keywords. Cuma kali ini aku ingin membuat sedikit penambahbaikan berdasarkan pengalaman aku menulis di blog selama 8 tahun. 


5 Tips Terbaik Menulis Kata Kunci Artikel di Blog

Ada pelbagai cara korang boleh buat untuk mencari dan menulis kata kunci blog. Antaranya ialah :

1. Kenal Pasti Kata Kunci Yang Digunakan di Google Search Console

Pertama sekali korang boleh menulis kata kunci yang berkaitan dengan artikel yang korang pernah tulis di blog. 

Salah satu cara nak tulis kata kunci yang berkaitan adalah dengan mengenalpasti kata kunci yang digunakan di Google Search Console.

Tips Terbaik Menulis Artikel Berdasarkan 'Keywords' 2023

Caranya mudah sahaja, korang boleh tahu berdasarkan report performace Google Search Console setiap bulan yang dihantar melalui email.


Korang boleh lihat kata kunci paling banyak sehinggalah kata kunci yang paling sedikit.

Untuk meningkatkan impressions dan clicks korang boleh buat artikel berkaitan berdasarkan kata kunci yang paling sedikit.

Hal ini kerana kita nak naikkan clicks pada website/blog kita. Apabila impressions dan clicks meningkat, trafik blog kita juga akan meningkat. 

Sebagai contoh kata kunci 'contoh balas email terima tawaran kerja'. Korang boleh buat artikel berkaitan seperti :
  • 10 contoh email terima tawaran kerja dalam bahasa English
  • Cara menulis email yang baik untuk memohon kerja
  • Tips membalas email offer letter cara profesional
Dalam erti kata lain 'contoh balas email terima tawaran kerja' adalah 'kata kunci utama'. Kata kunci ini tidak semestinya digunakan pada 'tajuk' artikel. 

Korang boleh sahaja buat tajuk artikel yang lain seperti 'cara menerima tawaran kerja melalui WhatsApp'. Hal ini demikian kerana mesin pencari akan menentukan mana-mana artikel yang berkaiatan. 

2. Gunakan Keyword Tools (Keywords Everywhere)

Selain itu, korang boleh gunakan keyword tools seperti Keywords Everywhere. Ini merupakan tools yang paling banyak digunakan dalam kalangan blogger dan youtuber.


Korang pergi ke Chrome Web Store → Add to chrome Add extentions

Apabila dah siap download, korang pergi bahagian titik bertiga sebelah kanan atas. Klik more tools → Extentions untuk lihat dah pasang atau belum. (Rujuk gambar)


Apabila dah pasang korang boleh taip kata kunci yang korang nak di Google. Pada bahagian sebelah kanan korang akan nampak beberapa senarai kata kunci yang sesuai untuk digunakan dalam artikel. 


3. Kata Kunci Artikel Dalam Kategori/Label 

Kata kunci yang ada di Google Search Console dalam kategori atau label artikel yang mana? 

Sebagai contoh, kata kunci "keburukan pembelajaran atas talian" dalam kategori pendidikan. Jadi korang boleh buat apa sahaja artikel yang berkaitan pendidikan. 

Misalnya :
  • kelebihan belajar online
  • kebaikan belajar secara bersemuka
  • kelebihan belajar di sekolah berbanding di rumah
  • adakah pelajar suka belajar secara online atau bersemuka?
  • cara mengajar kelas secara online
  • tips supaya pelajar fokus belajar secara dalam talian

Kita kena berfikir secara menyeluruh. Cuba bayangkan pembelajaran secara online menurut pandangan seorang pelajar, ibu bapa dan guru.

Jadi korang just banyakkan buat entri berdasarkan label itu sahaja. Cuba kembangkan idea berdasarkan keyword. Cara ini memerlukan banyak latihan dan konsisten menulis. 

4. Pilih kata kunci daripada Google Related Searches

Korang juga boleh pilih kata kunci daripada google related searches. Biasanya kata kunci yang dicadangkan google itu kebanyakkan dicari oleh pembaca. 

Korang boleh tulis semua artikel berdasarkan kata kunci tersebut. Selain itu, korang juga boleh gabungkan kata kunci untuk membentuk satu artikel. 

Sebagai contoh :
  • Kebaikan dan keburukan PDPR
  • Belajar secara online vs bersemuka? 

5. Buat artikel berdasarkan 'People Also Ask'

Aku dah pernah kongsikan dalam artikel sebelum ini tentang Teknik Mudah Menulis Artikel SEO Dengan Menggunakan Google yang mana korang boleh bina tajuk berdasarkan soalan yang muncul di carian google. 

'People also ask' ini adalah question-and-answer box untuk membantu pengguna mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan kata kunci atau topik yang mereka cari. 

Walau bagaimanapun, korang kena seimbangkan antara kata kunci dengan kandungan blog. Jangan terlalu fokus dengan keyword sehingga lupa bahawa konten yang berkualiti dan memberi infomasi yang diinginkan oleh pembaca lebih disukai oleh enjin carian. 

Itu sahaja. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

4 Ulasan

  1. Terima kasih nurul sebab selalu kongsi tips mengenai blog

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas tip yang sangat berguna ini.

    BalasPadam
  3. sharing yang mantap... clear hanya kena masuk bahagian delete code lama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama