Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

Dah ada blog? Nak design blog tetapi tak tahu? Ada beberapa tips korang kena tahu sebelum nak design template blog. Pertama sekali korang kena tahu fungsi-fungsi dalam blogger supaya korang lebih senang nak edit blog.

Ramai blogger yang terus nak blog cantik tetapi tidak faham beberapa fungsi yang ada dalam blogger itu sendiri. Apabila korang tidak kuasai bahagian ini, maka korang cuma akan tahu tulis dan published artikel sahaja. 

Sedangkan ada banyak bahagian penting dalam blogger yang korang tidak patut abaikan. Dalam Belajar Buat Blog kali ini, aku akan kongsikan bukan sahaja cara pilih template untuk blogger baru. Tetapi juga mengajar apa fungsi dalam blogger dan istilah penting korang kena tahu sebagai asas menjadi seorang blogger. 

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

Selepas kita buat blog sendiri. Ini adalah contoh rupa blog yang belum ada apa-apa lagi. Korang boleh tengok demo live blog tersebut.

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

Untuk blogger baru, korang boleh pilih template yang sedia ada di blogger dahulu. Ikuti tutorial cara pilih template yang ada di blogger.

1. Korang login blogger. Kemudian pilih Theme. (Rujuk gambar di bawah)

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

2. Ada beberapa jenis template yang disediakan antaranya ialah :
  • Contempo
  • Soho
  • Emporio
  • Notable
  • Essential
  • Simple
  • Dynamic Views
  • Picture Window
  • Awesome Inc.
  • Watermark
  • Ethereal
  • Travel
Sebagai contoh, aku pilih template Notable Antique. Dan tekan Apply. Korang boleh tekan Preview dahulu, sekiranya template tersebut tidak sesuai. Boleh cari template yang lain.

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

3. Korang boleh pilih Customize untuk custom blog mengikut warna yang disukai. Korang boleh custom background mengikut warna tema blog yang korang nak.

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

Cuma sebelum korang nak custom atau design blog itu. Ada beberapa perkara penting yang korang kena buat sebelum customize template blog : 

1. Tulis Sekurang-kurangnya 10 artikel di blog

Pertama sekali, korang hendaklah tulis 10 artikel dan publish di blog beserta gambar. Hal ini demikian supaya korang boleh nampak secara keseluruhan blog korang ini macam mana design dia. 

Apabila blog itu kosong. Kita tak tahu nak edit macam mana, nak letak label, followers, bloglist di posisi yang macam mana. Jadi ini yang kebanyakkan blogger baru abaikan. Dah siap buat blog terus biarkan blog tak berupdate.

2. Fahami fungsi widget yang ada dalam blogger

Kedua, korang kena faham setiap fungsi yang ada di blog. Post untuk apa? Stats untuk apa?

POSTS - Bahagian posts atau dalam erti kata lain semua artikel yang korang tulis akan dipaparkan di bahagian posts. Pada bahagian post ini korang boleh nampak Published, Draft dan Scheduled. 

Published ialah artikel yang dah di post. Draft pula ialah artikel yang belum di published dan akan di simpan di bahagian Draft. Manakala untuk Scheduled pula ialah artikel yang di post mengikut masa dan hari yang korang dah tetapkan. 

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru

STATS - Bahagian stats pula, korang boleh lihat statistik blog seperti pageview harian blog. Selain itu, bahagian ini korang boleh nampak posting mana yang popular. 

Apabila korang tekan bahagian More About This Blog, korang boleh lihat dengan lebih details seperti Top Referrers, Top Referrering URLs, Audience, Search Keywords, dan Top Locations. 

COMMENTS - Ini pula ialah senarai komen-komen dari pembaca. 

EARNINGS - Sekiranya menepati beberapa syarat adsense. Korang boleh memohon adsense. Tetapi aku cadangkan korang tunggu selepas 3 - 6 bulan dahulu barulah memohon adsense. Ini adalah salah satu cara blogger jana income. 

PAGES - Biasanya pada bahagian pages, korang boleh buat Author, Disclaimer, Sitemap, atau Policy Privacy. Contoh lain korang boleh buat senarai bloglist, servis blog ke. Apa-apa sahaja. Boleh lihat contoh SINI

LAYOUT - Pada bahagian ini korang boleh susun widget-widget kat sini. Antara istilah yang korang perlu belajar seperti header, sidebar, page body dan footer. Selain itu korang boleh tambah dan padam mana widget yang tak penting. Itupun bergantung juga dengan jenis template yang korang guna. 

Cara Pilih Template di Blogger Untuk Blogger Baru
THEME - Yang ini sekiranya korang nak ubah template, nak backup atau customize template.

SETTING - Bahagian setting ini yang paling penting. Korang isi bahagian Basic, Https, Posts, Formatting dan General. Ini yang paling asas sekali lah. InsyaAllah nanti aku ajar bahagian ini di entri lain. 

READING LISTS - Bahagian ini pula ialah senarai blogger yang kita follow. Setiap kali blogger tersebut update, so akan keluarlah artikel mereka di bahagian reading lists.

Apabila korang dah tulis beberapa artikel di blog dan faham beberapa fungsi di blogger maka akan jadi mudah untuk kita design blog. Sebab korang akan nampak dengan lebih jelas design template blog korang macam mana. 

Antara widget penting untuk blogger baru korang boleh guna di blog ialah :
  • Profile
  • Followers
  • Labels
  • Popular Posts
  • Bloglist
  • Blog's Stats
  • Blog Achieved
Baiklah, rasanya sampai sini sahaja. Ada lagi cara lain untuk pasang template. Cuma itu aku akan tulis di artikel yang akan datang ya. 

Semoga bermanfaat. 

Dapatkan Ebook Cara Buat Blog Sendiri di Blogger di Telegram Sekarang!

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

1 Ulasan

  1. betul, betul. dulu masa mula-mula main blog pun main antam saja, sekarang tahu sikit-sikit so bolehlah explore lebih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama