Cara Backup, Download & Pasang Template Blog

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog

Semalam aku dah kongsikan dengan korang macam mana nak pilih template di blogger untuk blogger baru kan? Jadi hari ini aku kongsikan pula cara pasang template blog menggunakan template free. 


Sebelum korang tukar template blog. Jangan lupa untuk backup template dahulu ya.


Cara Backup, Download & Pasang Template Blog

1. Login blogger. Kemudian pilih Theme. (Rujuk gambar di bawah)

2. Klik anak panah bawah sebelah Customize 

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog


3. Pilih Backup.

Download a backup of your theme so you don't lose any changes you have made. Heads up; some gadgets may not be backed up.


Korang pilih Download.

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog

4. Apabila dah download. Korang pilih template mana yang korang suka. Boleh lihat senarai website untuk pilih template di blog.


Sebagai contoh, macam aku pilih template kat Website Templateify. Pilihlah mana-mana template yang korang berkenan. Aku pilih SeoPro - Responsive Blogger Template.

SeoPro - Responsive Blogger Template

5. Korang boleh Live Preview untuk lihat design template macam mana. Sebelum tu, jangan lupa baca description tentang template beserta template features. 

Biasanya free template ini tidak semua features dalam template itu kita boleh gunakan. Itu sajalah kekurangan dia.

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog


6. Apabila dah puas hati dengan template tu. Sila klik Free Download. 

7. Dah download, korang tekan folder template. Kemudian tekan Right Click dan Pilih Extract All. Dalam folder tu ada beberapa file seperti images, templates, template documentation. Pastikan ada XML Document di dalam file tu ya.

8. Kemudian korang pergi balik Theme, pilih Restore. 

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog


You can upload a theme from a file on your computer.

Korang upload XML Document template tadi. Dah siap! Korang boleh view blog dengan template baru. 

Cara Edit Template Blog

Bahagian ini sebenarnya mudah sahaja. Dalam folder template yang korang download ada disediakan sekali Online Documentation ( How To Setup SeoPro Blogger Template).

Korang cuma ikut sahaja cara-cara yang diterangkan dalam documentation tu.

Cara Backup, Download & Pasang Template Blog


Setiap template mempunyai cara setup yang berbeza. Oleh sebab itulah susah nak ajar kalau bab design template nie. Kalau dulu menggunakan coding memang lagi susah berbanding sekarang. 

Aku dah jelaskan dalam artikel sebelum ini korang kena faham fungsi-fungsi dalam blogger dahulu sebelum nak belajar tukar template. Apabila dah faham bahagian ini, lagi mudah nak setup template blog tu. 

Sekian itu sahaja. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama