7 TEKNIK MENULIS TAJUK ARTIKEL BLOG YANG MEMUKAU

7 TEKNIK MENULIS TAJUK ARTIKEL BLOG YANG MEMUKAU

Menulis tajuk blog yang memukau adalah salah satu kunci kejayaan dalam menarik perhatian pembaca. Tajuk yang baik akan meningkatkan peluang artikel atau blog korang diklik oleh pembaca.
  
Berikut adalah beberapa tips untuk menulis tajuk artikel blog yang memukau. Ikuti perkongsian di bawah :

7 CARA MENULIS TAJUK BLOG YANG MEMUKAU

Berikut adalah beberapa tips untuk menulis tajuk blog yang memukau:

1. Gunakan Bahasa yang Kuat

Gunakan kata-kata yang membangkitkan emosi atau tindakan, seperti "Terbaik", "Rahsia", atau "Panduan Lengkap".

Pemilihan kata-kata yang membangkitkan emosi, memotivasi tindakan, atau mencipta kesan mendalam kepada pembaca akan mendorong mereka untuk bertindak selepas membaca tajuk. 

Malah kemungkinan mereka akan mengklik dan membaca keseluruhan artikel atau blog adalah lebih tinggi.

Kata-Kata Yang Membangkitkan Emosi

Kata-kata tertentu dapat membangkitkan emosi seperti kejutan, kegembiraan, ketakutan, atau rasa ingin tahu. Misalnya:
  • "Mengejutkan: 5 Fakta Tentang Gula yang Tidak Anda Ketahui"
  • "10 Rahsia Diet yang Paling Berkesan"

Kata-Kata Yang Dapat Memotivasi Tindakan

Ada kata-kata yang memotivasi pembaca untuk mengambil tindakan. Contohnya:
  • "Pelajari Cara-Cara Mudah Mengurangkan Stress"
  • "Daftar Sekarang untuk Menerima Tips-tips Masakan Terbaik"
  • "Jangan Lepaskan Peluang Emas Ini!"

Gunakan Kuasa Penekanan

Ada kata-kata yang memberi penekanan atau kepentingan pada suatu topik atau isu.
  • "Penting: Apa yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Melabur"
  • "Wajib Baca: Kesilapan-kesilapan Umum dalam Penjagaan Kulit"

Kata-kata Positif vs Negatif

Kata-kata positif seringkali mencipta emosi yang positif, manakala kata-kata negatif akan menghasilkan rasa cemas. Sebagai contoh :
  • Positif: "Hebat", "Terbaik", "Luar Biasa", "Menakjubkan"
  • Negatif: "Hindari", "Awas", "Jangan", "Kesilapan"
Dengan menggunakan bahasa yang kuat, tajuk artikel korang akan menjadi lebih hidup dan menarik. 

Ini bukan sahaja meningkatkan kemungkinan artikel dibaca, tetapi juga meningkatkan peluang pembaca berinteraksi dengan konten korang seperti berkongsi di media sosial atau meninggalkan komen.


2. Tajuk Artikel Menggambarkan Isi Kandungan

Dalam penulisan artikel blog, tajuk memainkan peranan yang sangat penting dengan menggambarkan isi kandungan artikel tersebut. 

Dalam era digital sekarang pengguna sering kali membuat keputusan berdasarkan tajuk sahaja. Sekiranya tajuk tidak mencerminkan konten keseluruhan artikel dengan tepat , ia akan menyebabkan blog korang kehilangan pembaca.

Hal ini demikian kerana pembaca berasa dikhianati dengan click bait dan akhirnya tidak berminat untuk kembali ke blog korang lagi. 

Tajuk artikel yang dapat mencerminkan isi kandungan konten akan memberikan impak terhadap prestasi blog korang seperti : 

1. Membina Kepercayaan Pembaca

Tajuk yang seiring dengan kandungan dapat meningkatkan kepercayaan antara penulis dengan pembaca. Apabila pembaca tahu apa yang tertulis di tajuk adalah sama seperti yang dinyatakan dalam konten artikel, mereka lebih cenderung mempercayai sumber infomasi tersebut. 

2. Peningkatan SEO

Mesin carian seperti Google memberi penekanan pada relevansi antara tajuk dan kandungan. Jika kedua-duanya sejajar, kemungkinan artikel atau blog korang muncul dalam hasil carian adalah lebih tinggi.

3. Mengurangkan Bounce Rate

"Bounce rate" adalah peratusan pengunjung yang meninggalkan laman web korang tanpa berinteraksi atau melihat halaman lain. Dalam erti kata lain, pembaca meninggalkan halaman blog korang tanpa baca artikel yang lain. 

Jika tajuk artikel tidak seiring dengan kandungannya, pembaca mungkin akan meninggalkan halaman dengan cepat, yang mengakibatkan kenaikan bounce rate.

4. Menjaga Reputasi Penulis

Penulis atau penerbit yang konsisten menyajikan tajuk yang sejajar dengan kandungan akan membangun reputasi yang positif dalam kalangan audience. 

5. Mengelak Kekecewaan Pembaca

Tajuk yang click bait boleh mengakibatkan kekecewaan bagi pembaca. Pembaca menghabiskan masa membaca sesuatu yang tidak sesuai dengan apa yang mereka cari atau harapkan. Perkara ini kita tidak nampak sekarang tetapi dalam jangka panjang, ini boleh mengurangkan jumlah pengunjung atau pelanggan setia ke blog. .


3. Masukkan Elemen Nombor

Salah satu teknik yang telah lama digunakan dalam penulisan tajuk blog ialah dengan memasukkan nombor. Nombor dapat menarik perhatian pembaca kerana ia memberikan struktur yang jelas.

Sebagai contoh, apabila seseorang melihat "7 Cara untuk Menjimatkan Wang", pembaca memahami bahawa artikel tersebut akan memaparkan tujuh idea atau teknik yang spesifik.

Selain itu, menggunakan nombor juga menimbulkan rasa ingin tahu kepada pembaca. Sebagai contoh,  "17 Kesalahan Dalam Berblog Yang Anda Lakukan" akan menimbulkan rasa ingin tahu kerana pembaca mungkin akan bertanya-tanya, adakah mereka membuat 17 kesalahan tersebut?

Penggunaan nombor juga menunjukkan ketepatan kerana ia membuat tajuk lebih spesifik yang mungkin memberi gambaran bahawa kandungan itu telah dikaji dengan teliti atau berdasarkan pengalaman.

Bukan itu sahaja, elemen nombor dalam tajuk juga memudahkan pembaca untuk membaca secara kasar (skim) sebelum memutuskan untuk membaca seluruh artikel. 

Tajuk dengan nombor memberitahu pembaca bahawa kandungan tersebut mungkin mempunyai senarai atau poin-poin yang mudah untuk disemak.

4. Buat Tajuk Yang Berbentuk Soalan

Tajuk artikel yang berbentuk akan soalan menarik perhatian pembaca dengan cara memberikan rasa ingin tahu dan ingin mengetahui jawapan kepada soalan tersebut. 

Biasanya artikel yang berbentuk pertanyaan hendaklah mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut. 

Sebagai contoh

Apabila sesebuah artikel mengajukan soalan dalam tajuk, pembaca akan mengharapkan jawapan untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka. 

Jika artikel tersebut tidak memberikan jawapan yang dijanjikan dalam tajuk, pembaca mungkin akan merasa kecewa dan hilang minat untuk membaca lebih lanjut.


5. Menggunakan Kata Kunci Dalam Tajuk

Penggunaan kata kunci dalam tajuk membantu enjin carian memahami konten halaman korang dan memutuskan bahawa artikel tersebut relevan dengan kata kunci yang digunakan oleh pengguna.

Jika tajuk korang mengandungi kata kunci yang relevan, kemungkinan blog korang muncul dalam enjin carian adalah lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kata kunci haruslah ditulis secara spontan dan tidak berlebihan. Pengulangan kata kunci berulang kali dalam tajuk boleh dianggap sebagai "keyword stuffing".

Kualiti dan kreativiti dalam menyusun tajuk tetap menjadi faktor utama untuk menarik perhatian pembaca dan mencapai kejayaan dalam penulisan SEO.


Baca Sini : Bagaimana Nak Menulis Kata Kunci (Keyword) Dalam Artikel Blog


6. Hindari Bahasa Jargon

Korang hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang dalam penulisan tajuk artikel. 

Elakkan menggunakan istilah-istilah jargon yang sukar untuk difahami kerana korang kena mengambil kira latar belakang serta pengetahuan pembaca tentang topik yang dibahaskan.

Biasanya istilah teknikal atau perkataan yang khusus hanya difahami oleh mereka yang pakar atau lama dalam bidang tersebut. Tajuk yang mudah difahami lebih menarik perhatian dan mengekalkan minat pembaca.

Berikut adalah contoh tajuk artikel yang menggunakan jargon atau istilah teknikal:
  • "Menerapkan SEO On-Page yang Efektif untuk Meningkatkan SERP Ranking Anda"
  • "Optimasi CTR dengan Schema Markup: Tips Terbukti Berkesan"
  • "Memahami Backlink Building untuk Meningkatkan Domain Authority"
Bagi yang baru mula dalam berblog, kemungkinan sukar untuk memahami SEO On Page, Schema Markup, Domain Authority dan sebagainya. 

Istilah-istilah seperti ini biasanya digunakan dalam dunia pemasaran digital dan SEO. Jika pembaca tidak berpengalaman dalam dunia tersebut, tajuk ini mungkin menyebabkan kebingungan dan tidak menarik perhatian mereka.

Oleh itu, korang boleh menggantikan tajuk-tajuk tersebut menjadi versi yang lebih mudah difahami oleh semua orang. Sebagai contoh :
  • "Panduan Lengkap untuk Meningkatkan Kedudukan Blog Anda di Google"
  • "Cara Meningkatkan Klik pada Tautan Blog Anda dengan Efektif"
  • "Bagaimana Membangun Link yang Baik untuk Meningkatkan Reputasi Blog"

Walau bagaimanapun, tidak bermaksud kita tidak boleh menggunakan istilah jargon sama sekali. Ia boleh digunakan khusus untuk sasaran pembaca tertentu.


7. Menambahkan Kata Adjektif & Sentuhan Emosi

Kata Adjektif atau juga dipanggil Kata Sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.

Kata ini juga boleh boleh disertai dengan kata penguat seperti “sangat”, “amat, dan “paling.”

Contoh kata adjektif yang boleh digunakan dalam penulisan tajuk artikel ialah :
  • Berkesan
  • Hebat
  • Mantap
  • Menarik

Selain itu, menambahkan sentuhan emosi dalam tajuk adalah cara efektif mengaitkan pembaca secara emosional dengan konten korang. 

Sebagai contoh, korang boleh menggunakan kata-kata yang membangkitkan emosi seperti "gembira," "senang," "cemas," "terharu," dan "inspirasi". Kata-kata ini membantu menciptakan reaksi emosional pada pembaca dan menarik perhatian mereka.

Selain itu, fokuskan elemen perasaan yang positif kepada pembaca. Misalnya, "Rahsia Blogger Berjaya Menulis Dengan Menjentik Hati Pembaca".

Penggunaan perkataan yang mengandungi emosi dalam tajuk amat penting bagi menjadikan pembaca berminat untuk klik artikel tersebut. 

Sekian itu sahaja, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama