Bagaimana Cara Menulis Blog Niche Lifestyle?

Apakah Maksud Niche Lifestyle?

Niche lifestyle ialah niche yang berkaitan dengan gaya hidup. Biasanya penulis yang memilih niche lifestyle menulis tentang kisah peribadi kehidupan mereka. 


Blogger kebanyakkan memilih lifestyle sebagai niche utama kerana konten blog terdiri lebih daripada satu topik (niche).


Dalam erti kata lain, blog korang ialah 'niche lifestyle' sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti :

  • Kandungan blog mempunyai lebih dari satu niche.
  • Konten blog mempunyai pelbagai jenis topik yang ditulis.
  • Blog tidak dapat dikategorikan kepada satu niche.
  • Menceritakan kehidupan, hobi dan pengalaman peribadi penulis.

Lifestyle blogger mendapat ilham menulis daripada aktiviti harian dan minat mereka. Blogger boleh menulis apa sahaja topik yang dia suka dan tidak tertumpu kepada satu niche sahaja.

There are no rules, and labels don’t matter. Just create the blog you want to see out in the world. Nobody need define your lifestyle blog other than you.” Monica at The Elgin Avenue.

Kenapa Blogger Memilih Niche Lifestyle?

1. Kandungan blog mempunyai lebih dari satu niche.

Ramai blogger memilih niche lifestyle kerana mereka menulis lebih dari satu niche. Misalnya, Blog Mamy Syu menulis beberapa topik seperti kekeluargaan, gaya hidup (pengalaman peribadi penulis), kesihatan, keagamaan dan banyak lagi. 


Dan bisanya topik yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Sebagai contoh, Mamy Syu memberikan beberapa tips deko rumah berdasarkan barang yang dibeli sendiri di Shopee.


Selain itu juga, Mamy Syu juga kongsikan pengalaman tentang loghat Perak beliau. 


Oleh sebab banyak perkara yang kita nak kongsikan di blog, akhirnya ramai yang memilih niche lifestyle sebagai niche blog yang utama. 


2. Mudah nak dapatkan ilham menulis


Dalam erti kata lain, kalau boleh semua topik kita nak tulis di blog. Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara yang terjadi kan. 


Hari ini malas masak, kita order foodpanda. Dapat ilham menulis tentang, 'cara order makanan di FoodPanda'. 


Anak meragam tak nak pergi sekolah, kita dapat ilham 'cara pujuk anak supaya minat ke sekolah'.


Kita seterika baju, iron baju rosak kita order kat shoppe. Dapat idea 'jenama iron paling murah 2023'.


Jadi apa sahaja yang terjadi dalam kehidupan harian kita merupakan ilham kepada blogger lifestyle.


Ke manapun kita pergi, idea tu dah ada. Cuma KEKANGAN MASA & RASA MALAS itu sahaja yang menjadi penghalang untuk menulis blog. 


Idea Topik Untuk Niche Lifestyle

Contoh topik-topik niche lifestyle korang boleh buat :
  • Keibubapaaan & Kekeluargaan
  • Travel
  • Makanan & Resepi
  • Dekorasi Rumah 
  • Kraftangan 
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Fesyen & Mekap
  • Review
  • Teknologi
  • Pembangunan diri 
  • Perhubungan
  • Kewangan 
  • Pendidikan
  • Budaya & Keagamaan
  • Life Hacks
  • Hiburan
Korang juga boleh gabungkan beberapa topik dalam niche lifestyle. Sebagai contoh, kebanyakkan blogger gabungkan topik kecantikan, fesyen dan mekap dalam satu niche. 

Bagaimana cara menulis blog niche lifestyle?

1. Topik apa korang nak audience baca

Sebelum kita tulis topik yang orang suka baca, kita kena tahu apa topik yang kita suka tulis. Apabila kita suka topik tersebut, kita lebih enjoy menulis dan pembaca pun seronok nak baca konten blog kita.


Setiap blogger mempunyai lifestyle yang berbeza. Ada yang suka berkongsi tentang topik travel. Ada yang suka menulis tentang parenting. 


Even blog aku Sii Nurul dikategorikan sebagai 'lifestyle' juga. Cuma aku lebih berfokus dengan konten berkenaan 'kerja-kerja blog' aku seperti tips-tips blogging, google adsense, trafik blog dan sebagainya.


Oleh sebab aku nak pembaca yang berminat dengan blogging dan kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa, aku bina Belajar Buat Blog untuk fokus sepenuhnya dengan niche panduan blog.


Sebagai contoh, setiap kali ingat tentang shaklee mesti teringat blog Atul Hamid, Vitamin Wawa, dan Ziana Eunos.


Nak cari cerita viral atau trending, cari saja Siakap Keli, DenaiHati, The Vocket dan lain-lain. 


Secara ringkasnya, korang nak identiti blog korang dikenali sebagai apa?


2. Topik apa yang pembaca korang suka baca?


Apabila kita dah pilih topik apa yang kita suka, kita senang nak kenal pasti topik apa yang pembaca suka baca. 


Cara nak tahu topik apa yang pembaca suka adalah melalui :

  • Google Analytics
  • Google Search Console
  • Keywords blog yang paling banyak dicari
  • Artikel yang popular
  • Artikel yang banyak komen
  • Artikel blog yang paling tinggi engagement

Dengan cara ini korang lebih fokus untuk menulis konten yang berkaitan dengan apa yang pembaca mahukan.

Sebagai contoh untuk blog ini, apa yang aku perhatikan ialah pembaca blog lebih suka apabila aku menulis artikel tentang "cara bagaimana..." yang disertakan dengan beberapa gambar sebagai panduan. 


3. Tulis topik yang berkaitan dengan isu hangat

Ini memang paling senang sekali lah nak buat. Netizen dalam kalangan blogger ini lagi cepat tau update berkenaan isu-isu viral semasa. 

Contohnya isu tentang 'poligami' yang paling trending sekarang. 

Korang boleh kongsi banyak benda pasal poligami seperti hukum poligami, apa kata ustaz tentang poligami, dan istilah 'pelakor' yang selalu dikatakan orang. 

Dan topik trending paling senang nak cari di media sosial seperti Tik Tok, Twitter dan Facebook. 


4. Jadikan pengalaman, kemahiran, pengetahuan yang kita ada kepada infomasi

Tidak semua orang berminat nak tahu tentang diri kita. Tetapi orang lain akan baca perkongsian kita apabila kita letakkan infomasi yang mereka inginkan. 

Sebagai contoh, kita nak cari rumah sewa tetapi tak tahu macam mana nak cari. 

Instead of kita tulis 'baru pindah rumah di Pontian' lebih baik kita tulis 'Harga rumah sewa di kawasan Pontian'. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang pembaca dapat daripada pengalaman kita pindah rumah. 

At least pembaca kita tahu, 'rupanya rumah kat Pontian lagi murah dari di Sabah'. 

Contoh yang lain, kita selalu makan luar. Daripada kita tulis hari ni makan apa, kita bolehlah buat 'senarai tempat makan menarik di Pontian'. 

Dalam sehari kita boleh tulis 3 - 5 artikel tau kalau rajin. 

Tips Tambahan Untuk Niche Lifestyle 

Pada pendapat aku blogger yang memilih niche lifestyle lebih sesuai untuk konsisten post artikel setiap hari atau tetapkan jadual masa untuk posting. 

Hal ini disebabkan mereka cover banyak topik. Oleh itu sebaik-baiknya post 1 - 3 artikel setiap hari mengikut topik yang dipilih. 

Blogger niche lifestyle mempunyai audience yang berbeza. Kita tidak boleh assume pembaca suka semua topik yang kita tulis. Sebagai contoh pembaca yang minat dengan 'kecantikan' tidak semestinya minat dengan 'hiburan'.

Apabila kita publish artikel berkenaan topik 'kecantikan', ada kemungkinan kita kehilangan pembaca yang minat dengan topik 'hiburan'. 

Berbeza dengan blogger yang fokus dengan satu niche sahaja. Pembaca yang follow pun pasti dalam kalangan mereka yang minat dengan topik tersebut. 

Aku berharap dengan perkongsian ini dapat membentu korang nak fokus niche lifestyle yang macam mana dan bagaimana cara nak menulis blog niche lifestyle. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

3 Ulasan

  1. Tq tipsnya nurul... semuanya setuju... blogger lifestyle ni kesimpulannya dia cover semua topik... hehehe... masak apa, jalan kat mana, tips bagaimana, semua ada... kdg² mmg sukar jugak nk menulis sst yg boleh 'fyp' kecuali mmg kena buat research dulu sebelum nak menaip.. my 10 cents... hehehe

    BalasPadam
  2. baru baca sikit, terus rasa macam banyaknya idea sebenarnya yang boleh kita buat, cuma kena fikirkan saja. tak sangka persoalan diri sedikit pun boleh jadi idea sebenarnya. good tips 👍

    BalasPadam
  3. akak la tu blogger niche lifestyle..semua pun nak tulis..hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama