Tips Untuk Meningkatkan Pembaca Blog Untuk Blogger Baru



Tips Untuk Meningkatkan Pembaca Blog Untuk Blogger Baru

Hari ini aku kongsikan dengan korang macam mana nak tingkatkan pembaca blog atau dalam erti kata lain nak tingkatkan trafik blog bagi blogger pemula.

Bagi blogger baru, trafik blog sangat penting tau. Hal ini demikian kerana trafik yang tinggi dapat menaikkan semangat menulis khususnya blogger baru.

Apabila kurang pembaca blog, kita pun jadi kurang yakin dengan blog kita kan. Feeling blog rasa tak best lah, orang tak berminat nak jenguk blog kita lah dan bermacam lah perasaan negatif tu muncul.

Padahal blog korang bukan tak best pun, cuma tak tahu caranya sahaja. Nak tahu cara untuk meningkatkan pembaca blog? Teruskan membaca.

Tips Untuk Meningkatkan Pembaca Blog Untuk Blogger Baru

1. Banyakkan Entri

Tiada cara lain melainkan dengan menulis... menulis.. dan banyakkan menulis konten-konten yang menarik. Tidak kira entri peribadi, pengalaman, info menarik, isu semasa dan sebagainya.

Kenapa perlu banyakkan entri bagi blogger pemula? Hal ini demikian kerana biasanya pembaca ataupun blogger yang lain cenderung untuk lihat apa konten yang menarik dalam blog kita. 

Tidak semua entri yang kita tulis itu dibaca. Dan bagi blogger baru kebiasaanya pembaca mereka adalah dalam kalangan followers mereka juga.   

Susah untuk mendapatkan pembaca organik melainkan kita menulis dengan menerapkan SEO dalam penulisan blog. 

Ramai blogger yang expect buat blog hari ini, post 1 - 3 artikel sebulan boleh dapat pembaca ramai beratus ribu. Hakikatnya kebanyakkan blogger baru berhempas pulas kerah idea menulis setiap hari kadang sampai 30 - 60 artikel sebulan semata-mata mahu tingkatkan pembaca blog. 

Struggle is real guys!

2. Blogwalking

Cara kedua yang berkesan adalah dengan blogwalking blog orang lain dan meninggalkan komen di blog mereka. Jangan lupa untuk sertakan link blog. Korang juga boleh komen dengan memperkenalkan diri serta memberitahu korang blogger baru.

Biasanya blogger baru ini memang kena support punyalah. Cuma korang kenalah menulis banyak entri kat blog. Kalaupun blogger lain tak baca blog korang, mereka pasti follow punyalah. Apabila dah follow, jadi setiap kali kita update entri baru, pasti akan keluar kat reading lists followers kita. 

3. Join Giveaway atau Anjurkan Giveaway

Cara ketiga adalah dengan join mana-mana giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. Kita dapat menambah rakan blog, followers, dan kalau ada rezeki mungkin akan dapat hadiah juga. Paling best kalau tersenarai kat bloglist blogger-blogger yang terkenal.

Selain itu, korang juga boleh anjurkan giveaway sendiri. Paling simple pun buat segmen bloglist. 



4. Be Yourself

Tulis ikut gaya penulisan sendiri. Tak perlu tiru orang lain. Kongsilah apa yang korang suka kongsi. Tak perlu risau sangat pasal trafik dan followers. Apabila kita suka dengan apa yang kita tulis, secara tak langsung pembaca akan datang sendirinya. Cuma cepat atau lambat sahaja.
 

Kesimpulannya

Blogger baru paling banyak struggle untuk cari pembaca dan followers. Benda tu memang perkara biasa yang terjadi. Sehari dapat 10 views. Sehari tak sampai 100 views? Semua itu adalah proses belajar.

Ramai blogger yang kecundang selepas 3 bulan berblog kerana tidak dapat pageview yang tinggi seperti yang diharapkan. Menulis blog perlu kesabaran. Dan orang yang sabar dan berusaha pasti akan peroleh hasil suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Maaflah sekiranya tips ini kurang membantu. Nasihat aku ialah jangan putus asa dan teruskan menulis. :)

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

2 Ulasan

  1. Sebagai blogger baru saya akan praktikkan semua tip ini. Terima kasih dari https:myzanjourney.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama