Cara Buat Blog Sendiri di Blogger

buat-blog


Sebenarnya, buat blog sendiri tidak sesukar yang disangka. Anda hanya memerlukan internet, laptop ataupun smartphone dan emel sahaja.

3 Syarat untuk buat blog sendiri :

1. Kena ada internet

Siapa kata buat blog ini tidak menggunakan apa-apa kos? Sudah tentulah ada kos tersembunyi yang kita jarang ambil kira. Korang hendaklah mempunyai capaian internet untuk buat blog sendiri. Tidak kiranya samada menggunakan unifi, prepaid ataupun postpaid.

2. Mempunyai laptop / handphone

Seterusnya korang hendaklah mempunyai laptop atau handphone untuk buat blog sendiri. Nak guna iPad ka. Tak kisahlah asalkan boleh guna untuk google dan search. 


3. Wajib ada Emel / Email

Korang hendaklah mempunyai emel untuk blog. Nak guna emel sedia ada pun boleh. Tak kisahlah yahoo ke atau gmail. Yang mana-mana korang selesa. 

Sebaik-baiknya guna emel yang profesional seperti nurulatikayunus23@gmail.com ataupun nama branding korang seperti shaklee@gmail.com ke.Sama seperti kalau nak buat akaun media sosial kena ada emel. Blog pun begitu juga.

Cara Buat Akaun Gmail 

1.Anda klik Create Google Account untuk daftar akaun gmail.

2.Masukkan butiran seperti First & Last Name, Username dan Password.

3.Seterusnya, korang boleh masukkan Phone Number dan Recovery Email Adress (Namun bahagian ini optional) Tak nak isi pun boleh skip part ini. 

4.Isi bahagian Your Birthday (Tarikh Lahir) dan Gender.

5.Kemudian sila baca dengan teliti Privacy and Terms sebelum confirmkan. 

Tahniah! Korang telah berjaya buat akaun gmail. Untuk langkah seterusnya, teruskan membaca sampai habis ya. 

Cara Buat Blog Sendiri di Blogger

1. Pertama sekali, Log masuk ke Blogger

2. Pilih Create Your Blog

3. Pada bahagian Choose name for your blog
  • Masukkan butiran Nama Blog yang anda hendak gunakan

  • Sebagai contoh : Belajar Buat Blog

  • Pilih nama blog yang mudah untuk diingat

  • Elakkan letak nama terlalu panjang

  • Boleh guna nama sebenar, branding, nama media sosial ataupun nama pena

4. Pada bahagian Choose a URL for your blog
  • Masukkan butiran URL blog

  • Pada bahagian ini anda TIDAK BOLEH UBAH URL BLOG, melainkan anda beli domain.

  • Jadi anda kena pilih nama url dengan betul

  • Pilih URL yang mencerminkan diri anda atau niche blog anda. Elakkan letak url yang susah dan rumit ataupun yang banyak nombor. 

  • Gunakan URL yang mesra pengguna dan mudah nak ingat. 

5. Seterusnya, pada bahagian Confirm Display Name 
  • Display name ini ialah 'Nama Penulis'. Sebagai contoh display name blog aku ialah Sii Nurul (Nurulatika). 

  • Klik FINISH dan anda boleh mula menulis blog. 

Dapatkan Ebook Cara Buat Blog Sendiri di Blogger di Telegram Sekarang!



1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama