7 Kesalahan Blogger Selalu Abaikan Sebelum & Selepas Publish Artikel di Blog

kesalahan-berblog

Sebagai seorang blogger, terkadang ada beberapa kesalahan yang sering diabaikan sebelum dan selepas publish artikel di blog. 

Meskipun kesalahan-kesalahan ini mungkin terlihat kecil, namun ia dapat memberikan kesan yang negatif kepada pengalaman pembaca dan prestasi keseluruhan blog korang. 

Menulis memang mengambil masa yang panjang, tetapi nak semak semula artikel blog bukannya makan masa yang lama pun. 

7 Kesalahan Blogger Selalu Abaikan Selepas Publish Artikel di Blog


Berikut adalah beberapa kesalahan umum yang sering diabaikan oleh blogger setelah mempublikasikan artikel:

1. Tidak Semak Penggunaan Tatabahasa & Kesalahan Ejaan

Antara kesalahan umum yang sering dilakukan oleh blogger ialah tidak menyemak semula penggunaan tatabahasa dan kesalahan ejaan.

Artikel yang mengandungi kesalahan tatabahasa dan ejaan menyebabkan pembaca menganggap bahawa tulisan korang kurang profesional. Hal ini akan memberikan kesan negatif terhadap infomasi yang hendak disampaikan. 

Tidak perlu tulis secara formal seperti karangan pun. Yang penting korang menulis dengan menggunakan ayat yang penuh, menggunakan tanda baca dengan betul, dan menyampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. 

Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk menyemak semula kesalahan tatabahasa dan ejaan sebelum dan selepas menerbitkan artikel korang di blog. 


2. Tidak Memeriksa Pautan (Link)

Sekiranya korang meletakkan sebarang pautan (link) dalam artikel, pastikan link tersebut mengarah ke halaman yang betul. Selain itu, pastikan juga link tersebut aktif dan berfungsi dengan baik. 

Pautan yang rosak atau tidak berfungsi dapat memberikan kesan negatif kepada pengalaman pembaca serta prestasi blog secara keseluruhan. 

Keadaan ini akan menghasilkan broken link dan menurunkan Domain Authority blog. 

Cara Memasukkan Link Dalam Artikel 

1. Pilih perkataan yang nak di-hyperlink 


2. Klik Insert/Edit Link


3. Masukkan Text to Display dan URL, kemudian klik APPLY.


3. Tidak Meletakkan Label atau Kategori

Kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh blogger ialah tidak meletakkan label atau kategori dalam artikel. Artikel yang mempunyai label akan membantu pembaca menemukan artikel dengan mudah. 

Selain itu, pembaca juga tidak perlu bersusah payah untuk mencari artikel satu persatu mengikut kategori kerana semua artikel yang mempunyai label yang sama akan dikumpulkan. 



Sekiranya korang mengabaikan bahagian ini, artikel korang tidak akan kelihatan dan sukar untuk diakses. 

Cara Masukkan Label Blog

1. Pada bahagian sebelah kanan sidebar, klik bahagian LABELS. 

2. Taip LABEL korang nak. (Rujuk gambar di bawah)


4. Tidak Mengisi Bahagian Meta Deskription

Meta deskripsi adalah ringkasan singkat dari artikel korang yang muncul di hasil pencarian. Tidak menyediakan meta deskripsi yang menarik dapat mengurangkan klik ke artikel walaupun artikel tersebut sangat bagus. 

Hal ini demikian kerana Meta Deskripsi membantu pembaca dan enjin carian memahami lebih baik konten halaman tersebut sebelum mengunjunginya.


Cara Menambah Search Description di Bahagian Posting Artikel

1. Pertama sekali pergi bahagian SETTING

2. Klik bahagian META TAGS - ON ENABLE SEARCH DESCRIPTION.

3. Jangan lupa isi bahagian SEARCH DESCRIPTIONS (Ringkasan tentang blog korang)


Apabila dah Enable Search Desription secara automatik bahagian SEARCH DESRIPTION postingan blog korang akan muncul. 



5. Tidak Mengoptimalkan Penggunaan Gambar

Penggunaan gambar yang terlalu besar dan tidak dioptimumkan akan menyebabkan halaman menjadi berat. Sekaligus pembaca merasa bosan kerana nak melihat gambar sahaja pun sudah memakan masa beberapa saat. 

Blog menjadi berat kerana memerlukan data yang banyak untuk view gambar sahaja. Nak ambil gambar yang lawa memang sangat digalakkan, tetapi pastikan korang compress dan resize gambar yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam artikel. 

Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk masukkan ALT+TEXT dan TITLE TEXT pada bahagian gambar. 

Apabila korang abaikan bahagian ini, lama kelamaan blog korang akan menjadi berat dan LAMBAT LOADING. Walaupun korang tukar pelbagai jenis template yang responsif, masalah utama dari gambar perlu diselesaikan. 

6. Submit URL Inspection

Jangan lupa copy dan paste url artikel di bahagian URL Inspection di Google Search Console


Antara fungsi  URL Inspection adalah untuk mengetahui samada link artikel tersebut sudah diindeks ataupun belum. 

Selain itu, sekiranya url tersebut mempunyai Crawling Issues, korang dapat mengetahuinya melalui alat ini samada artikel tersebut mempunyai masalah server errors, robots.txt blocks, atau faktor lain yang menghalang google daripada crawling url tersebut. 


7. Abaikan Paparan Melalui Mobile/Desktop

Akhir sekali, ramai juga blogger yang terlepas pandang bahagian paparan melalui mobile atau desktop. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa menaip di laptop tidak sama dengan menaip di handphone. 

Oleh sebab itu, korang perlu semak semula paparan di mobile dan desktop. 

Kalau baca melalui laptop okay saja, nampak kemas dan senang untuk dibaca. Tetapi apabila baca melalui handphone pula nampak serabut. Tiada jarak antara perenggan, tidak kemas dan kurang tersusun. 

Bukan itu sahaja, pastikan gambar nampak jelas apabila pengguna baca melalui mobile. 

Kesimpulannya

Menulis artikel di blog bukan sekadar menulis dan mengklik butang publish, kemudian kerja dah siap. Sekiranya sebelum ini korang punya habit cuma "menulis, publish & abaikan", maka sekarang bolehlah mulakan tabiat yang baru ini. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

3 Ulasan

  1. Good sharing Nurul. Part kesalahan ejaan tu betul, bila dah publish baru nampak ada tersalah eja…

    BalasPadam
  2. Thanks checklist. Betul lah nak publish satu artikel banyak perkara kena consider

    BalasPadam
  3. Walaupun kak Net pakai wordpress.. suka baca info Nurul share ni.. bagus sangat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama