SEO Analyzer From H Educate

Setiap blogger aku pasti sangat menyukai trafik percuma yang datang daripada carian organik tanpa bergantung dengan marketing. 

Walau bagaimanapun, kadangkala halaman blog atau website tidak mendapat kedudukan dalam ranking disebabkan oleh masalah isu-isu yang ada dalam blog serta kesilapan dari segi teknikal dan setting. 

Oleh itu, sangat penting sekali untuk menyemak skor SEO blog/website untuk mendapat kedudukan yang baik di carian enjin. 

Antara salah satu tools yang aku selalu gunakan untuk menyemak skor SEO ialah SEO Analyzer From H Educate 

Sebenarnya terdapat banyak jenis SEO score analyzers yang sedia ada di internet samada percuma dan berbayar korang boleh cuba. 

Jom kita lihat bagaimana cara menggunakan SEO Analyzer yang percuma daripada h-educate.com. 
1. Pertama sekali korang pergi ke ⏩SEO Analyzer

2. Masukkan URL blog/website korang, dan klik REVIEW. 

Analisis biasanya mengambil masa selama 1 minit lebih. Korang akan peroleh laporan yang lengkap skor SEO secara lebih terperinci.

SEO Analyzer From H Educate


Dalam laporan ringkas, korang akan dapat melihat skor SEO keseluruhan tapak blog / website, penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan skor SEO dan ralat yang ada pada blog tersebut.

Jika korang skrol lagi laporan ke bawah, maka korang akan dapat melihat lebih banyak butiran seperti 
site meta description, google preview, image alt text, heading issues, speed tests, dan banyak lagi.

Jadi sekiranya korang masih mencari cara menganalisis laman web untuk SEO maka korang harus mencuba alat percuma penganalisis SEO ini dalam talian. 

Ia adalah percuma sepenuhnya dan korang juga boleh memuat turun laporan SEO dari laman web ini secara percuma.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama