Blog Bertukar Domain | www.belajarbuatblog.com

Alhamdulillah, syukur semuanya dipermudahkan. Dengan izin Allah akhirnya aku bertukar domain baru dari blogspot ke dot com. Blog ini masih baru, tak sampai 3 bulan lagi.

Tetapi setelah berfikir panjang aku beli juga domain baru sebab banyak kelebihan apabila menggunakan domain.

Sebab Tukar Domain

Ada beberapa sebab kenapa aku memilih untuk menukar domain dari blogspot ke dot com. Antaranya ialah :

1. Untuk membina personal brand / identiti blog

Untuk membina personal branding atau identiti blog, nama domain blog sangat penting. Logo dah ada, media sosial pun dah buat. Tetapi nama blog masih guna blogspot. Nampak kurang menarik dan kurang profesional sikit bagi aku.

Of course nak beli domain ni hak masing-masing. Tetapi kalau korang nak berblog dalam jangka masa yang lama. Lebih baik beli domain dengan segera. 

Selain itu juga, blog lebih mudah diingati dan dikenali kerana domain yang dibeli ini biasanya lebih pendek berbanding menggunakan blogspot.com

2. Nama domain belum dimiliki orang

Banyak kali jugalah aku check nama domain blog ini sebab risau juga orang lain ambil. Nama domain www.belajarbuatblog.com ni sangat umum jadi orang lain bersaing untuk dapatkannya. 

Terutama sekali yang mempunyai niche tentang blog. Jadi sementara belum menjadi hak milik sesiapa, lebih baik aku yang beli. 

3. Meningkatkan SEO blog

Walau macam mana aku cuba untuk fikir cara yang terbaik untuk meningkatkan trafik blog. Aku tetap merasakan bahawa nama domain menjadi faktor yang sangat mempengaruhi SEO. 

Enjin carian sangat menyukai blog yang menggunakan domain berbanding blogspot. Selain itu juga ia dapat meningkatkan page ranking blog. 

4. Syarat untuk memohon Google Adsense lagi mudah

Salah satu platform blogger untuk jana pendapatan secara pasif adalah melalui pengiklanan Google Adsense. Walaupun blog ini masih baru, dengan adanya domain syarat untuk memohon Google Adsense lagi mudah dan cepat. Jadi, memiliki domain sendiri adalah amat digalakkan supaya para pengiklan lebih mempercayai blog kita. 

5. Menambah konten berkaitan SEO / Google Adsense

Banyak benda yang aku mahu kongsikan berkenaan penulisan SEO dan Google Adsense tetapi aku ter'stuck sebab nama domain ni. Kebanyakkan apa yang aku mahu kongsikan di blog ada kaitan dengan domain jadi susah nak buat artikel kalau part domain tak settle lagi. 

Nak bagi contoh tutorial pun jadi rumit. Jadi beli sajalah senang! Tak perlu banyak fikir sangat dah. 

Blog Bertukar Domain

Blog Bertukar Domain | www.belajarbuatblog.com

Aku beli domain di NETKL dengan harga RM50 per tahun. Aku memilih nama www.belajarbuatblog.com sama seperti nama blog ini juga BELAJAR BUAT BLOG. 

Sekarang baru rasa lega sikit selepas tukar domain. Sebelum ni rasa tak senang tengok domain lama tu hahaha~ 

InsyaAllah nanti aku kongsikan cara beli domain, cara nak pasang dan apa yang korang perlu buat selepas tukar domain di entri lain. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama